KENYATAAN RASMI
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Assalamuailaikum dan salam
sejahtera
Berikut merupakan kenyataan rasmi
mengenai isu pelekat kenderaan;
1) Kami di Majlis Perwakilan Pelajar
telah menghantar 50 permohonan rayuan yang terdiri daripada kes permohonan yang
ditolak serta bayaran pelekat kenderaan yang mahal.
2) Kami juga mencadangkan penurunan
harga bayaran pelekat kenderaan daripada harga RM50.00 kepada harga RM3.00. Ini
kerana harga ini boleh dikatakan sebagai satu harga yang membebankan kepada
pembawa motosikal.
3) Dalam 50 borang permohonan rayuan
yang kami terima, 19 borang adalah dari anggota KOR SUKSIS, 30 adalah pelajar
biasa dan seorang adalah dari Majlis Perwakilan Pelajar.
4) Kami juga berharap dilain waktu,
polisi ini diteliti semula kerana harga yang dikenakan adalah mahal serta
membebankan pembawa motosikal.
Sekian.
Ku Amirul Faiz Ku Seman
Yang DiPertua
Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara
Malaysia
3 comments:
Kalau pelajar yang tidak aktif di dpp tetapi aktif di peringkat COLGIS boleh mohon sticker di HEP terus atau tidak?
salam...sy na tnye sikit..macammane jika kes saya yg ditukar dpp utk mohon stiker?
Post a Comment