Thursday 18 October 2012

Berhati-hati sindiket memperdayakan pelajar



Kebelakangan ini, pihak MPP UUM telah menerima rungutan dan aduan mengenai beberapa pihak yang cuba memperdayakan mahasiswa di dalam kawasan kampus. Isu ini termasuk jugalah dengan dakwaan wujudnya elemen penipuan dan memperdaya pengguna iaitu pelajar untuk membeli produk mereka. Dua kes yang diterima oleh MPP UUM ialah pembelian produk pendidikan serta pembelian insurans. 

Pihak MPP UUM yang lepas juga telah membawa hal ini ke pengetahuan pihak pengurusan perniagaan dan dipercayai syarikat tersebut telah di senarai hitam daripada memasuki dan menjalankan perniagaan di dalam kampus. Dalam isu pembelian produk pendidikan terbabit, ia telah menyebabkan hampir 100 orang sahabat pelajar telah mengalami kerugian sebanyak RM 2000 seorang dengan membeli barangan terbabit. Selain daripada terpaksa menanggung jumlah faedah yang tinggi (sebelum diputuskan untuk dibatalkan oleh pihak Tribunal Tuntutan Pengguna) mangsa juga diherdik dan dicaci oleh agen berkenaan. 

Justeru, pihak MPP UUM telah membawa dua kes ini sekali lagi kepada pihak Pengurusan Pernigaan untuk tindakan. Sesuatu yang pihak MPP UUM kesalkan ialah tindakan yang tidak bertanggung jawab oleh pihak syarikat kerana menjadikan mahasiswa UUM sebagai mangsa demi mengaut keuntungan. Kami juga mengecam tipu helah ternmasuklah provokasi yang dilakukan oleh agen syarikat terbabit dalam memperdaya mahasiswa UUM untuk membeli produk mereka. 

Sekali lagi pihak MPP UUM ingin menyeru para sahabat siswa supaya segera laporlkan kepada MPP Ryan 0138477869 untuk melaporkan penyelewengan yang wujud. Kerjasama dari rakan siswa mampu untuk menyelamatkan mangsa yang akan datang. 




No comments: