Alhamdulillah, selesai membentuk organisasi MPP bagi Sesi 2012/2013, satu Road Show yang pertama telah selamat dijalankan di Laluan A pada Ahad lalu, 14 Oktober 2012, dan bertempat di Kolej TNB. JKPS Kolej TNB yang telah memberi kerjasama yang baik dan terima kasih diucapkan kepada kerana memberi laluan untuk MPP.
Barisan MPP |
Pelajar yang hadir |
Bermula jam 9.00 malam, barisan MPP sudah bersedia di perkarangan Kolej TNB bersama SUK yang turut membantu melancarkan Road Show tersebut. Barisan MPP di perkenalkan bermula dari Majlis Tertinggi, Barisan Exco, Dan Exco Pusat Pengajian.
Setelah selesai memperkenal barisan MPP, satu sesi soal jawab (Q&A) diadakan antara MPP dan juga pelajar yang hadir.Ternyata pelbagai isu dilontarkan kepada barisan MPP melalui sesi tersebut, dan dijawab secara berhemah dan melalui perbincangan yang baik.
Naib YDP 1 , Iqtiyani Mohd Bashir menerangka mengenai Kad Siswa 1 Malaysia |
Antara isu yang ditanyakan adalah mengenai Kad Siswa 1 Malaysia, kad Siswa 1 Malaysia masih belum di keluarkan untuk pelajar semester 1 atas sebab melakukan penyelerasan bagi pengambilan kedua pelajar semester 1 untuk agar dapat dilakukan sekali (first intake dan second intake). Jadi diharap pelajar semester 1 bersabar.
Selain itu isu makanan juga menjadi topik pada malam tersebut, dan melalui persepakatan dan musyawarah, satu jawatankuasa pemantauan harga dan kualiti makan telah ditubuhkan. Selain itu juga , satu senarai harga penyelarasan telah ditetapkan dan akan diedarkan ke setiap cafe-cafe bermula selewatnya minggu ini.
Antara isu-isu lain yang yang dibincangkan ialah isu bus yang telah diambil inisiatif dengan mewujudkan 4 Talian hotline di laluan masing-masing.
Kami dari Majlis Perwakilan Pelajar mengharap sokongan dari mahasiswa UUM, agar dapat bersama-sama mempertengahkan kebajikan dan hak-hak mahasiswa secara berhemah, di harap Road Show seterusnya akan mendapat sambutan agar dapat MPP bersama pelajar berbincang. Sekian dahulu dari Admin.
"INTEGRITI, INTELEK, TERAS KEPIMPINAN SISWA"
No comments:
Post a Comment