Wednesday 17 October 2012

ISU PELEKAT KENDERAAN

KENYATAAN RASMI
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Assalamuailaikum dan salam sejahtera

Berikut merupakan kenyataan rasmi mengenai isu pelekat kenderaan;

1)     Kami di Majlis Perwakilan Pelajar telah menghantar 50 permohonan rayuan yang terdiri daripada kes permohonan yang ditolak serta bayaran pelekat kenderaan yang mahal.

2)     Kami juga mencadangkan penurunan harga bayaran pelekat kenderaan daripada harga RM50.00 kepada harga RM3.00. Ini kerana harga ini boleh dikatakan sebagai satu harga yang membebankan kepada pembawa motosikal.

3)     Dalam 50 borang permohonan rayuan yang kami terima, 19 borang adalah dari anggota KOR SUKSIS, 30 adalah pelajar biasa dan seorang adalah dari Majlis Perwakilan Pelajar.

4)     Kami juga berharap dilain waktu, polisi ini diteliti semula kerana harga yang dikenakan adalah mahal serta membebankan pembawa motosikal.

Sekian.
Ku Amirul Faiz Ku Seman
Yang DiPertua
 Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia



3 comments:

damson said...

Kalau pelajar yang tidak aktif di dpp tetapi aktif di peringkat COLGIS boleh mohon sticker di HEP terus atau tidak?

Jj said...
This comment has been removed by a blog administrator.
BungaSakura said...

salam...sy na tnye sikit..macammane jika kes saya yg ditukar dpp utk mohon stiker?