Sunday 21 October 2012

Tahniah UUM - Laman Web Tempat Pertama Antara Universiti Awam Tahun 2012



Kedudukan laman web IPTA di Malaysia


Laman Web Universiti Utara Malaysia (UUM), telah mendapat tempat pertama di antara Universiti Awam  di negara ini sekaligus membuktikan cabaran yang dilontarkan  oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Ab Rahim Md Noor berjaya dicapai.

Pada 21 Julai tahun lalu, bersempena dengan Hari Inovasi dan Majlis Penganugerahan Universiti 2011, Ab Rahim telah mencabar UUM untuk berada di kedudukan pertama laman web.

Web Master UUM, Dr Syamsul Bahrin Zaibon berkata, kejayaan ini bermula apabila Naib Canselor, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak melantik Web Master khusus serta menubuhkan jawatankuasa laman web (teknikal dan content) untuk tujuan ini.
“Ia juga turut dibantu oleh ahli jawatankuasa adalah terdiri dari Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Canselori yang bertanggungjawab dari segi isi kandungan dan susun atur dan Pusat Komputer yang memberi sokongan dari segi keperluan teknikal dan memastikan laman web adalah sentiasa boleh dicapai tanpa sebarang gangguan.

“Malah, kita juga membuat penyusunan semula isi kandungan dan susun atur laman web berdasarkan maklumbalas yang diterima dari warga UUM dan penambahan ciri-ciri laman web supaya mesra pengguna,” ujar beliau.

Katanya lagi , pihaknya sentiasa memastikan, laman web dipantau supaya boleh dicapai setiap masa, maklumat adalah tepat dan betul, kandungan laman web sentiasa dikemaskini dan melibatkan semua pihak dari setiap Pusat Tangggungjawab (PTJ) di UUM untuk mengemaskini kandungan laman web PTJ masing-masing.

Melalui soal jawab bersama pihak media, Dr Syamsul Bahrin turut menjelaskan bahawa kandungan (content), kebolegunaan (usability), keselamatan (security), penglibatan (participation), perkhidmatan (services) dan bonus untuk kategori portal merupakan teras utama kriteria penilaian.

 
Kedudukan pertama ini meletakkan UUM sebagai universiti yang mempunyai laman web bertaraf lima bintang di antara universiti awam berbanding pada tahun lalu di tangga ke sebelas dengan penilaian empat bintang.

Laman Web UUM bertaraf 5 bintang.


Selain itu, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) turut berkongsi kedudukan pertama bersama UUM. Penilaian Laman Web Agensi Kerajaan yang diuruskan oleh Multimedia Development Corporation ( MDEC.) Laporan keputusan penuh tentang perkara  ini boleh dicapai melalui URL berikut: http://www.mscmalaysia.my/sites/default/files/mgpaw2012/MGPWA-2012.pdf (muka surat 19).

Sumber : UUM online

  p/s : Semoga pencapaian demi pencapaian terus dilakukan. Aminn.


No comments: