Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, menjawab isu dan permasalahan mengenai makanan di cafe, terdapat ketidakseragaman harga dan juga terdapat cafe yang meletakkan harga dengan tidak mengikut senarai harga seperti yang ditetapkan oleh Pusat Penginapan Pelajar (S.A.C). Admin yakin, cafe-cafe telahpun maklum senarai harga yang ditetapkan oleh S.A.C, namun terdapat cafe yang masih berdegil menaikkan harga makanan.
*Untuk Makluman, S.A.C adalah pihak yang bertanggungjawab terhadap kebajikan asrama pelajar(kolej penginapan), dan cafe-cafe di dalam UUM juga adalah di bawah penguasaan S.A.C
Masalah yang timbul : Terdapat cafe yang meletakkan harga makanan tidak mengikuti senarai harga yang ditetapkan S.A.C.
Masalah yang timbul : Terdapat cafe yang meletakkan harga makanan tidak mengikuti senarai harga yang ditetapkan S.A.C.
Pro dan Kontra : Pelaksaanan penyelarasan harga makanan,
Satu senarai penuh makanan bersama harga yang wajib dipatuhi oleh cafe-cafe, telah pun ditetapkan oleh S.AC, dan akan diedarkan ke cafe DPP dan akan menjadi rujukan pelajar. jadi dengan keseragaman harga akan berlaku. Sekiranya sebelum ini cafe tersebut menetapkan harga yang mahal, harga akan dikurangkan mengikut ketetapan senarai harga, manakala jika sebelum ini cafe berkenaan meletakkan harga yang murah dari SENARAI KETETAPAN HARGA MAKAN, besar kemungkinan pengusaha akan menaikkan harga mengikut senarai tersebut . Di harapkan pelajar sedia maklum pro dan kontra pelaksaan penyelarasan harga makanan di cafe.
Dari segi pelaksaan, barisan MPP telah pun membuat perjumpaan tergempar
pada 12/10/2012, dan melalui perbincangan, satu Jawatankuasa Pemantauan
Cafe telah ditubuhkan dan pihak sac telah meminta bantuan daripada 17
orang pelajar dalam jawatankuasa pemantauan tersebut, dan dibantu oleh
JKPS DPP dan Gabungan Pengguna Siswa. Jawantankuasa ini akan membuat
pemantauan dan aduan dari pelajar sekiranya terdapat cafe yang tidak
mengikuti harga makanan yang ditetapkan, tindakan akan diambil terhadap
cafe tersebut .Aduan ini juga boleh terus disalurkan kepada Encik Hapisol Pengurus Asrama dengan menghantar email
ke hapisol@uum.edu.my. Aduan perlulah disertakan dengan gambar sebagai
bukti,berapa harga dan nama kafe tersebut. Aduan tersebut bukan setakat
dari segi harga makanan tetapi dari segi kebersihan,gelagat pekerja,dan
sebagainya yang melibatkan kefe tersebut.
-Exco informasi-
No comments:
Post a Comment