Assalamuailaikum, salam Aidil Adha
Bersyukur
kita kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat bersama kita
maraikan Aidil Adha. Aidil Adha tidak kurang pentingnya dalam sejarah
Peradaban Tamadun Islam kerana ia merupakan perayaan yang penuh dengan
kisah didalamnya. Kisah pengorbanan serta kasih sayang yang tidak
berbelah bahagi kepada Allah S.W.T.
Umum mengetahui, Aidil Adha
dan ibadat korban adalah sinonim. Jemaah Haji yang kini berada di Tanah
Mekah menunaikan Rukun Islam kelima itu, maka disitulah umat Islam di
Seluruh dunia akan berkumpul pada satu tempat, satu warna, satu pakaian
dan satu niat. Disinilah sebenarnya pusat perpaduan umat Islam.
Kesepakatan,
kerjasama dan berkasih sayang antara jemaah membuktikan keindahan dan
kesyumulan Islam. Islam bukanlah agama buatan manusia, ia merupakan
Hadiah Allah kepada hambanya. Justeru pada musim Aidil Adha inilah kita
akan melihat betapa padu dan kuat sebenarnya umat Islam.
Rakan siswa sekalian,
Semangat Aidil Adha yang merupakan lambang perpaduan umat Islam harus dikekalkan dan diterapkan dalam kehidupan saharian kita disini. Perpaduan yang kuat mampu menjadikan musuh-musuh Islam berfikir dua kali sebelum melaksanakan tindakan khianat. Justeru selaku mahasiswa, saya menyeru supaya kita bersatu dibawah kalimah syahadah yang sama, mengadap kiblat yang sama, sujud pada Tuhan yang sama untuk melaksanakan segala amanah yang telah diberikan.
Sesungguhnya, amanah yang hakiki iaitu
menuntut ilmu merupakan sesuatu yang ditekankan dalam agama yang kita
sanjungi ini. Ingatlah kita kepada Wahyu pertama kepada Nabi Muhammad
S.A.W iaitu iqra' yakni membaca. Keluarkanlah umat Islam dari kelompok
tidak berilmu sebaliknya gantikanlah dengan masyarakat yang penuh dengan
ilmu.
Semangat Aidil Adha juga menganjurkan kita untuk
bersederhana dalam menyambut perayaan ini. Daging-daging korban
diagihkan kepada mereka yang layak. Masa ini jugalah akan membuka
peluang kepada seluruh komuniti masyarakat untuk duduk bersama, melapah,
memasak, menimbang dan mengagihkan daging korban. Inilah sebenarnya
semangat Aidil Adha yang perlu kita pelihara.
Terakhir dari
saya, selamat menyambut Aidil Adha, terapkanlah semangat Aidil Adha
dalam jiwa raga kita. berhati-hatilah dalam perjalanan. Gunakanlah masa
ini dengan baik bersama keluarga tercinta. Allahuakbar, Allahuakbar,
Allahuakbar.
Ku Amirul Faiz Ku Seman
Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar UUM
merangkap Setiausaha Agung Jemaah YDP Kebangsaan
No comments:
Post a Comment