Alhamdulillah, berkat usaha badan kepimpinan pelajar UUM yang berusaha mengumpulkan tandatangan sokongan membawa suara mahasiswa UUM, sebanyak 5519 pelajar UUM berjaya dikumpulkan dalam isu permintaan mahasiswa UUM agar harga pelekat kenderaan diturunkan dan pemberian kepada yang berhak dan layak.
Tujuan permohonan ini dijayakan adalah hasil suara mahasiswa UUM yang sering didengari oleh MPP UUM dan besarlah hasrat MPP UUM agar mahasiswa diberikan pelekat kenderaan untuk keberlangsungan aktiviti pelajar dalam menimba ilmu dan meningkatkan kepimpinan diri dengan menyertai pelbagai aktiviti.
Berikut merupakan tuntutan seramai 5519 pelajar dari dewan penginapan pelajar berserta tandatangan Presiden - presiden DPP yang memperjuangkan isu pelekat kenderaan dan tuntutan ini telah pun di cop terima oleh pejabat TNC HEPA menandakan bukti tuntutan ini telah diserahkan.
* sila click gambar untuk lihat lebih jelas atau tekan CTRL + mouse skroll ke atas.
page 2 |
page 3 |
page 4 |
page 5 |
page 7 |
page 8 |
Kesemua gambar di atas adalah benar dan bersama tuntutan di atas 5519 tandatangan pelajar di sertakan bersama sebagai bukti kami membawa suara mahasiswa ke peringkat atas. Jika dinilai kembali, ini adalah bukan kali pertama usaha isu pelekat kenderaan dibawa MPP UUM. Usaha kami sebelum ini adalah di sini dan di sini .
Admin juga ingin mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada JKPS DPP yang berusaha mengumpul tandatangan ini dari bilik ke bilik. Tidak kurang juga pelajar pelajar lain yang menggerakkan pengumpulan tandatangan ini di DPP masing masing.
Marilah kita sama sama berdoa agar harapan pelajar dalam isu pelekat kenderaan berjaya . Amin.
"INTEGRITI, INTELEK, TERAS KEPIMPINAN SISWA"
2 comments:
Tahniah MPPUUM, Terima kasih Majlis Presiden kerana berjuang ikhlas bukan kerana nama!
Sememangnya Majlis Presiden banyak membantu dan memberi keizinan mengumpul tandatangan di DPP masing masing.
Post a Comment