JHEA ONLINE Seramai 80 orang pelajar dari SMK Agama Sik telah mengadakan kursus kepimipinan Majlis Perwakilan Pelajar di kampus UUM pada 7 - 9 Mac 2013 yang lalu melibatkan tiga (3) badan utama sekolah iaitu MPP sekolah, BADAR dan Ketua Kamar Asrama. Objektif utama kursus ini diadakan bagi melatih pelajar untuk memimpin usrah dikalangan pelajar dan membina individu yang berkeyakinan dan berketerampilan agar melahirkan pemimpin yang dapat dijadikan `role model` oleh pelajar lain.
Menurut Hajah Habibah Ramli, Pengetua SMK Agama Sik, beliau amat bersyukur kerana jalinan yang terjalin antara sekolah dan UUM dapat membantu sekolah mencapai KPI selain melahirkan pelajar yang berdaya saing dari pelbagai aspek terutamanya akademik.
Kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Akademik dengan kerjasama MPP UUM telah melibatkan pelbagai aktiviti indoor dan outdoor antaranya adalah jungle trackingdan water confident.
No comments:
Post a Comment