Monday 28 January 2013

UUM dan UIAM jadi IPTA baharu yang diberi autonomi





Penyampaian watikah Autonomi kepada Universiti Utara Malaysia oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia  


PUTRAJAYA 29 Jan. - Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menjadi universiti awam terbaru dianugerahkan autonomi pada tahun ini.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, anugerah itu diberikan selepas selesai proses audit menggunakan instrumen Code of University Good Governance (CUGG) dan University Good Governance Index (UCGI).

"Saya berharap dengan pemberian autonomi ini, Lembaga Pengarah Universiti (LPU) mempunyai kesediaan untuk melaksanakan tanggungjawab baharu selaras dengan penurunan kuasa kepada mereka demi kecermelangan IPT," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Amanat Tahun Baru Kementerian Pengajian Tinggi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.



Selepas Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia, mendapat taraf autonomi. Sebentar tadi sewaktu penyampaian Amanat Tahun Baru 2013 Kementerian Pengajian Tinggi, dua Universiti baru turut diberikan taraf autonomi tersebut, universiti tersebut ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan juga Universiti utara Malaysia.
IPTA yang diberi kuasa autonomi akan mendapat kelebihan dalam empat bidang utama, merangkumi urus tadbir, kewangan, sumber manusia dan pengurusan akademik serta pengambilan pelajar. Amanat Tahun Baru 2013 dengan moto “Pengajian Tinggi Pemacu Daya Saing Malaysia” mempunyai lapan amanat kesemuanya iaitu:


  • Kajian semula pelan strategik negara (PSPTN)
  • Merekayasa institusi pengajian tinggi
  • Menjana ekonomi berinovasi
  • Kualiti institusi pengajian tinggi
  • Memperkukuhkan kebolehpasaran graduan
  • Pemetaan baharu pengantarabangsaan
  • Pendidikan untuk semua
  • Budaya kerja inovatif



  • Sumber : Utusan Online



    Wednesday 16 January 2013

    Forum Suara Mahasiswa Part 1





    sumber: http://www.youtube.com/watch?v=ne3XaYujdQM

    Tuesday 15 January 2013

    KENYATAAN RASMI MPP UUM


    Berkenaan isu video

    Pendirian Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia dalam perihal video ini adalah seperti tetapan berikut;

    1)     MPP UUM mendukung prinsip kebebasan bersuara harus didukung tanpa menafikan hak mana-mana individu. Kebebasan ini termasuk juga untuk berhujah berdasarkan fakta yang sebenar dan tulen.

    2)     MPP UUM juga bersetuju bahawa sesi interaksi panel dan penonton telah diberikan oleh moderator serta panel menjawab persoalan yang dibangkitkan.

    3)     MPP UUM juga bersetuju bahawa hak kebebasan bersuara mesti dilaksanakan dalam tertib dan penuh beradab.

    4)     MPPUUM dalam perkara ini berpendapat kedua-kedua pihak dalam video iaitu mahasiswi UUM serta panel mempunyai sebab tersendiri mengapa kejadian sedemikian berlaku serta berharap kedua-dua buah pihak boleh menjelaskan kepada orang ramai.

    5)     MPPUUM juga ingin menegaskan kehadiran YDP MPP UUM hanyalah memenuhi jemputan pihak penganjur program dan bukan bertindak sebagai penganjur atau penganjur bersama.

    6)     MPPUUM juga berpendirian bahawa ketika mahasiswi UUM berkenaan mencelah, forum telah diserahkan dari moderator kepada pihak penganjur.

    7)     MPP UUM percaya yang wajar memberi pencerahan adalah pihak yang terlibat.

    8)     MPP UUM juga meminta supaya siaran video penuh di terbitkan untuk tatapan penonton supaya mengetahui pucuk pangkal program forum ini.

    9)     MPP UUM berharap isu ini dapat diselesaikan dengan cara berhemah dan harmoni.


    Sekian.



    Thursday 10 January 2013

    MAJLIS PENYERAHAN VAN KHAS KEPADA MPP UUM

    Dalam memastikan tugas menjaga kebajikan pelajar dapat berjalan lancar dan pada masa yang sama memudahkan urusan dalam dan luar kampus, pihak Pengurusan Tertinggi Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menyerahkan van khas kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UUM, baru-baru ini.
     
    NC UUM, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak menyerahkan replika kunci kepada YDP UUM

    Majlis Penyerahan yang berlangsung di EDC-UUM, menyaksikan Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak menyerahkan replika kunci van kepada  Yang DiPertua (YDP) MPP, Ku Amirul Faiz Ku Seman.
    Ku Amirul Faiz ketika dihubungi berkata, pemberian van ini menjadi bukti bahawa pihak pentadbiran prihatin dengan kebajikan pelajar, malah merupakan salah satu janji yang telah ditunaikan oleh mereka serta lebih awal daripada yang dijangkakan.
    “Sebelum ini kenderaan merupakan salah satu kekangan kita dalam menjalankan pelbagai urusan dan pemberian ini akan memudahkan kita dalam menjaga kebajikan rakan-rakan mahasiswa.
    “Terima kasih kepada pihak pengurusan universiti dalam memperuntukan sebuah van khas untuk kegunaan MPP,” tambah beliau.
    Sementara itu, Van Toyota Hiace yang diterima itu mampu memuatkan 12 penumpang dalam satu-satu masa dan akan memudahkan lagi kelancaran pergerakan perwakilan pelajar berkenaan dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan.



    Wednesday 9 January 2013

    CEDI TERIMA LAWATAN KERJA PENARAFAN (BENCHMARKING) PROGRAM KEUSAHAWANAN DARI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)



    Institut Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (CEDI) telah menerima Lawatan Kerja Penarafan (Benchmarking) bagi program Keusahawanan dari Universiti Malaysia Pahang pada 8 Januari 2013. Lawatan ini adalah bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan idea daripada pihak Institut Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (CEDI) melalui aktiviti-aktiviti keusahawanan dan koperasi yang telah dilaksanakan.
    Lawatan kerja penarafan (benchmarking) ini telah dihadiri oleh Dr. Omar bin Jamaludin, Pengarah Pusat Keusahawanan, Universiti Malaysia Pahang dan beliau menyarankan agar pihak UUM dan UMP dapat membentuk kerjasama strategik dalam pembangunan modal insan melalui pembangunan modul-modul latihan keusahawanan bukan sahaja untuk para pelajar IPT, tetapi juga untuk usahawan mikro dan IKS.
    Menurut beliau lagi, dengan adanya kerjasama daripada pihak UUM yang sememangnya telah lama dikenali sebagai sebuah universiti pengurusan terkemuka dan sangat aktif dalam program-program keusahawanan, kerjasama dengan pihak UMP yang terlibat dalam aspek teknikal dan kejuruteraan sememangnya dapat mewujudkan win-win situation kepada kedua-dua belah pihak.
    Pihak UMP juga telah dibawa melawat ke beberapa premis keusahawanan di dalam kampus UUM seperti The Varsity Mall, The Mall Bukit Kachi, Pejabat KOSISWA dan juga Pusat Simulasi Perniagaan, CEDI. 
    Perkongsian idea dan pengalaman daripada pihak CEDI telah disampaikan oleh En. Mohd Khairi Jaafar, Penolong Pengarah CEDI. Turut hadir menjayakan perjumpaan tersebut adalah Yang Berusaha Dr. Chandrakantan A/L Subramaniam, Timbalan Pengarah dan pegawai-pegawai CEDI.
     


    Friday 4 January 2013

    SISWA BERSAMA RAKYAT 2012/2013


    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bersama MPP UUM dalam program  bersama rakyat


    MPPUUM akan menganjurakan Baktisiswa " SISWA BERSAMA MASYARAKAT" di 36 tempat sekitar negeri KEDAH pada 19 Januari 2012. Makanan,sira dan T shirt akan diberi dan tiada bayaran dikenakan.Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai sila hantar pesanan ringkas butiran anda (nama,no matrik,negeri kelahiran dan DPP) ke nombor yang tertera pada poster tersebut..PELUANG MASIH TERBUKA KEPADA SEMUA MAHASISWA UUM
    .