Sunday 21 July 2013

SELAMAT DATANG KEPADA PELAJAR BARU UUM DAN SENARAI JAWATANKUASA MINGGU SUAIKENAL SEPTEMBER 2013




Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2012/2013 mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada semua mahasiswa dan mahasiswi baru Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi sesi kemasukan 2013/2014.

Sehubungan dengan itu, berikut merupakan senarai jawatankuasa tertinggi Ahli Jawatan Kuasa Suaikenal (AJKS) bagi kemasukan September 2013 :




MUHAMMAD HARIZ BIN AHMAD, EX-OFFICIO (KIRI) DAN MOHD ZURAIMY BIN YAAKOB, PENGHULU INDUK / PENGARAH MINGGU SUAIKENAL (KANAN)


(KLIK NAMA UNTUK KE LAMAN FACEBOOK)

EX-OFFICIO :                
MUHAMMAD HARIZ B. AHMAD                                                               
PENGHULU INDUK :            
MOHD ZURAIMY B. YAAKOB 

                                                   
PENGHULU DPP/PRESIDEN JKPS DPP :      

DPP MAS - MUHAMMAD AMNI BIN AZID               
DPP PETRONAS - MUHAMMAD AFIQ BIN KHALID
                                               


Ex- Officio Saudara Muhammad Hariz Ahmad yang juga merupakan Setiausaha Agung MPP UUM 12/13 menyatakan semangatnya untuk menjayakan Minggu Suai Kenal kali ini dengan harapan ini merupakan program terbaik yang dilaksanakan oleh MPP UUM 12/13 dengan dibantu oleh pihak pentadbiran universiti seperti sebelum ini.

Selain itu, Penghulu Induk/ Pengarah untuk Minggu Suai Kenal UUM September 2013, saudara Mohd Zuraimy Yaakob menjanjikan MSK kali ini akan menjadi MSK yang terbaik dan diingati bukan saja oleh mahasiswa/siswi baru UUM, tetapi seluruh warga UUM. Beliau turut memuji dan berterima kasih kepada Penghulu setiap DPP yang juga merupakan Presiden JKPS setiap DPP yang bersemangat dalam bersama-sama untuk menjayakan MSK kali ini.

Beberapa siri mesyuarat yang telah diadakan sebelum ini diantara pihak MPP UUM bersama HEP UUM  serta gandingan kerjasama yang mantap diantara MPP UUM dan Majlis Presiden DPP UUM dilihat akan melicinkan perjalanan MSK akan datang.  MSK kali ini juga menggunakan pendekatan media sosial yang meluas.



Selain itu maklumat-maklumat rasmi juga akan disalurkan melalui medium media sosial yang berikut (sila klik):



1) Laman Facebook Rasmi Minggu Suaikenal September 2013 (SILA KLIK)>  

2) Laman Twitter Rasmi Minggu Suaikenal September 2013 (SILA KLIK)>

3) Instagram Rasmi MInggu Suaikenal September 2013 (SILA KLIK) >

  @mskUUM1314





-AJKS-