Wednesday, 6 March 2013

#pray4Sabah : Wira UUM dijulang dan dihargai



Pada 2 Mac 2013. MPP UUM telah menghantar Saudari Norzila Idayu Bt Mat Yeh (Semester 4, pelajar jurusan hospitaliti) pulang ke kampung halamannya, berikutan berita kematian saudara rapat(sepupu) iaitu Insp Zulkifli Mamat, antara yang terkorban dalam tragedi pencerobohan di Lahad Datu.

Wakil MPP terdiri dari Naib YDP 2, Saudara Razali Bahar, Setiausaha Agong, Saudara Hariz Bin Ahmad, dan Exco Informasi, Saudara Muhamad Azre, bersama 3 lagi pelajar UUM, Yasyir Bin Senong. Siti Aminah Baharudin dan Mohd Aimi Latahir dari Lahad Datu, Sabah yang ingin turut sama menziarahi keluarga Allahyarham Insp Zulkifli di daerah Besut, Terengganu.

Sehubungan dengan itu, tepat pada pukul 12 malam, van MPP digunakan untuk pergerakan menuju ke Besut untuk sampai ke kampung keluarga Allahyarham sebelum upacara pengebumian jenazah.


Sewaktu di dalam perjalanan, Norzila sempat menceritakan sedikit sebanyak mengenai Allahyarham sewaktu beliau masih hidup. Beliau adalah bekas pelajar UUM, dan merupakan bekas pelajar penginapan YAB. Allahyarham juga merupakan seorang pelajar yang aktif, baik akademik mahupun kokurikulum dan pernah menganggotai Kor Sukarelawan Polis (SUKSIS). Namun apabila memperoleh tawaran menganggotai pasukan keselamatan, beliau menukar pengajian kepada PJJ. Allahyarham meninggal pada usia 30 tahun.

Setelah 6 jam perjalanan, akhirnya pada 8.11 pagi, wakill pelajar dari UUM tiba di Besut, Terengganu. Seawal pagi lagi orang ramai dan anggota polis telah hadir bagi menunggu jenazah yang diterbang kan dari Sabah ke Subang untuk menerima penghormatan dari Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Razak dan seterusnya dibawa pulang terus ke rumah keluarga Allahyarham.


Menurut Norzila sendiri, "orang kampung halamannya sendiri tidak mengetahui bahawa Allahyarham adalah anggota komando VAT 69 kerana kerana sewaktu hidupnya beliau seorang yang mesra dan merendah diri".

Antara yang hadir adalah MB Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan pegawai - pegawai polis serta anggota komando VAT 69 untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.







Jenazah tiba  pada pukul 3.30 petang, diringi pengawai polis dengan penuh penghormatan buat wira negara tersebut. Seterusnya jenazah dibawa ke dalah rumah untuk tatapan terakhir saudara mara dan sahabat handai.

Pada jam 5 petang, jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Gong Bayor yang terletak kira kita 2 kilometer dari perkampungan Allahyarham.
Razali Bahar, Yashir Bin Senong dan Mohd Aimi Latahir sempat mengucapkan salam takziah kepada isteri Allahyarham dan mengucapkan rasa berterima kasih kerana adanya wira yang sanggup berkorban demi bumi Sabah sewaktu memberikan sumbangan ikhlas mewakili UUM serta menyampaikan salam takziah dari TNC HEPA, Prof Madya Abdul Malek bin Hj Abdul Karim.
Pada pukul 6 petang , wakil pelajar dari UUM bergerak pulang ke kampus di Sintok, Kedah.

Berikutan dengan tragedi tersebut. Satu derma kilat dilaksanakan bagi sumbangan kepada keluarga Allahyarham. Pelajar boleh menghulurkan bantuan dalam bentuk derma ikhlas melalui JKPS Setiap DPP. Kutipan telah dilakukan bermula 4 hb (Isnin) sehingga petang 7 hb (Khamis).

Untuk mengetahui perkembangan lanjut taip #pray4LahadDatu di laman sosial twitter untuk mengetahui susulan kejadi yang menimpa Lahad Datu. Sama samalah kita mensedekahkah al-Fatihah kepada roh Allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman , amin.


"INTEGRITI, INTELEK, TERAS KEPIMPINAN SISWA"


No comments: