Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Idealis Siswa,
Pada 28 Februai 2013 (Khamis) pada jam 11.15 pagi, satu sesi perjumpaan antara wakil MPP dan pusat komputer telah diadakan. Tujuan perjumpaan kali ini adalah untuk menyampaikan aduan pelajar dari DPP yang mempunyai masalah wifi bermula dua hari yang lalu. Wakil MPP yang terlibat adalah Yang Dipertua Pelajar, Saudara Ku Amirul,Exco Informasi, Muhamad Azre dan Exco Pusat Pengajian Pengkomputeran, Nur Izham. Pengawai yang terlibat adalah En.Khalil, pegawai bahagian Rangkaian dan Keselamatan(Network & Security) bersama beberapa pegawai lain. Kehadiran MPP adalah untuk mendapatkan penjelasan, berkenaan masalah yang dihadapi, untuk membantu menyelesaikan masalah wifi untuk kemudahan pelajar.
Encik Khalil, pegawai network & security UUM (paling kiri) |
Saudara Nur Izham, bersama MPP yang lain telah mengumpulkan 23 senarai pelajar yang berani tampil membuat aduan wifi dengan kadar segera untuk diadukan kepada pusat komputer. Pusat komputer telah menerima senarai pelajar dari DPP dan akan membuat kajian wifi (wifi testing ) di lokasi terbabit.
Maklumat yang betul membantu MPP menyampaikan aduan, sekaligus membantu kerja kerja pusat komputer |
Pusat komputer menyatakan masalah yang dihadapi telah disedari pihak mereka, dan langkah mengumpulkan kawasan di DPP membantu pihak mereka untuk mengenalpasti kawasan yang terjejas. Namun kesukaran timbul kerana kawasan UUM yang merangkumi struktur yang besar sukar untuk dikenalpasti kawasan yang bersamalah untuk dilakukan tindakan yang segera.
Menjawab tentang isu wifi, pusat komputer telah menambahkan kawsan liputan (access point) di bukit kachi yang yang tidak dapat menampung jumlah pelajar sebelum ini. Namun kini, setelah ditambah, liputan di UUM boleh dikatakan menyeluruh (sudah merangkumi setiap bangunan yang berpenghuni dan berkaitan dengan kegunaan internet). Menurut pihak komputer, masalah yang muncul kini adalah dari segi penstrukturan rangkaian(network design), masalah teknologi hardware yang digunaka, dan masalah konfigurasi yang tidak dijangka.
YDP, Ku Amirul menyampaikan hasrat agar, isu ini dapat diselesaikan segera pelajar dapat menggunakan wifi . Pihak pusat komputer akan melakukan tinjauan di lokasi yang dilaporkan. Terima kasih diucapkan atas kerjasama yang diberikan pelajar . Melalui aduan , lokasi kawasan DPP, kerja penambahbaikan lebih mudah dilakukan oleh pusat bahagian teknikal dari pusat komputer.
YDP bersama Exco Pusat Pengajian Pengkomputeran dan pegawai dari pusat komputer |
Alhamdulillah , dalam sekitar jam 3 petang, daripada makluman pelajar-pelajar, kebanyakan kawasan WIFI telah pulih dan pelajar boleh mengakses internet. MPP UUM mengucapkan terima kasih kepada pihak Pusat Komputer kerana telah bertindak pantas. Admin percaya tindakan pantas dapat diambil sekiranya maklumat yang diberikan disalurkan dengan cara yang betul seperti memberi lokasi bilik, dan DPP yang memudahkan pusat komputer untuk mengesan masalah.
Sekiranya masih terdapat masalah , pelajar boleh menghubugi Saudara Nur Izham, Exco pusat pengajian pengkomputeran atau Saudara Muhamad Azre, Exco Informasi dengan memberikan nama penuh, no telefon, dan , No bilik dan DPP. Terima kasih admin ucapkan kepada semua pihak yang terlibat .
"INTEGRITI, INTELEK, TERAS KEPIMPINAN SISWA"
3 comments:
Portal ini diwujudkan khas untuk memudahkan interaksi sesama PELAJAR di Malaysia dengan menyediakan ruang jualbeli "online" seperti penjualan buku teks, pengiklanan kereta sewa, perkhidmatan servis komputer, menjual barang elektronik dan lain-lain selain menjadi medium bertukar-tukar pendapat, pandangan dan perkongsian sesama pelajar dari kampus lain diseluruh Malaysia.
http://www.lamansiswa.com/
tq mpp uum
last week, lect sruh hantar assingment yg dia kasi, pastu satu kelas blurr, assingmbet apa? lect cakap: assingment yang sy post dlm learning zone lah. students plk ckp : ktorg x leh akses internet..x leh bukak learning zone, so..lect ckp..ok,nevermind. yg blh hntar,sila hantar. hehe :)
Post a Comment