MPPUUM berserta SUK MPP bersama
dengan pengawai HEA berkampung dua hari 16-17 Februari 2013 di Perkarangan
stadium Darul Aman untuk karnival Jom Masuk U 2013. Ini merupakan fasa ke tiga
sejak dilancarkan di Universiti Malaya sebelum ini. Program ini penting untuk mempromosikan UUM sebagai salah sebuah universiti yang menjadi pilihan.
Hasil tinjauan, ramai
pengunjung yang terdiri dari pelajar lepasan SPM berpusu-pusu mendapatkan
maklumat mengenai Kursus yang ditawarkan. Selain daripada itu, UUM merupakan
tuan rumah pada penganjuran Fasa 3 di Kedah. Rata-rata pengunjung tertarik dengan kursus pengurusan yang ditawarkan oleh UUM sesuai dengan imej pengurusan yang terkemuka yang ditonjolkan.
Team MPPUUM diketuai oleh NYDP 1 Saudari Iqtiyani berkata; MPPUUM mengambil platform ini untuk menonjolkan imej UUM dan menarik minat serta perhatian pelajar untuk menceburi kursus di UUM.
Selain dari UUM, 20 IPT lain
turut terlibat. Disamping itu, banyak juga agensi kerajaan yang berkaitan
dengan KPT juga membuka booth bagi berkongsi maklumat kepada pengunjung. Admin
sertakan beberapa gambar yang sempat dirakam.
"Integriti, Intelek Teras
Kepimpinan Siswa"
No comments:
Post a Comment