UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) telah dinobat antara
yang terbaik dalam penilaian Top Business School (TBS) di Malaysia. Pencapaian
tempat kedua terbaik telah diperolehi oleh Othman Yeop Abdullah Graduate School
of Business (OYA-GSB) yang mendapat dua (2) bintang dalam penilaian TBS
dan kedudukan ini dikongsi bersama dengan Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM). Tempat pertama pula disandang oleh Universiti Putra
Malaysia (UPM) yang mendapat tiga (3) bintang.
Keputusan tersebut telah diumumkan oleh Menteri Pengajian
Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin semasa berucap di Program Kepimpinan
Pengurusan Tertinggi Institusi Pengajian Tinggi Awam di Langkawi malam
tadi.
Penilaian ini dibuat berdasarkan kepada beberapa kriteria
utama antaranya kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran,
penyelidikan dan pembangunan serta perkhidmatan yang diberikan oleh OYA-GSB dalam tempoh
tiga (3) tahun yang lalu.
Naib Canselor UUM, Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak
semasa diminta mengulas kejayaan ini berkata "
Saya amat bersyukur ke hadrat Allah atas pencapaian ini dan mengucapkan terima
kasih kepada warga kerja UUM khususnya staf OYA-GSB yang telah berusaha
bertungkus lumus bagi memastikan kejayaan tersebut. “
Katanya lagi “ jika kita terus bekerja
kuat seperti apa yang kita lakukan sekarang
dan sentiasa konsisten serta
tabah menghadapi cabaran, Insya-Allah UUM benar-benar akan mengubahdirinya dalam masa
dua atau tiga tahun akan datang dari
sekarang”. Oleh itu Dr. Mohamed Mustafa menyeru semua warga kerja UUM untuk
sama-sama berusaha memastikan UUM terus cemerlang demi mnencapai hasrat
menjadikan Universiti ini sebagai Universiti Pengurusan
Terkemuka.
Jelas beliau, “ OYA-GSB yang telah
ditubuhkan sebagai sebahagian daripada usaha berani universiti ini untuk terus
menawarkan pengajian dalam bidang pengurusan perniagaan yang inovatif dan
berkesan”
Katanya lagi “dengan slogan
"Mentransformasikan Pemimpin Demi Kelestarian Perniagaan dan Masyarakat”,
OYA-GSB diyakini akan dapat menghasilkan pemimpin perniagaan masa depan yang
mempunyai skop yang luas di peringkat antarabangsa, mempunyai kebolehan membuat
keputusan yang cemerlang dan mampu melaksanakan perubahan untuk kebaikan
perniagaan, masyarakat dan alam sekitar.
Sementara itu, semasa mengulas pencapaian ini, Dekan OYA-GSB, Profesor Dr. Noor Azizi Ismail berkata “ Anugerah TBS diberi berdasarkan penilaian yang ketat dan terperinci oleh pihak Jawatankuasa Penilaian TBS, Kementerian Pengajian Tinggi.
Jelas beliau lagi “
Status TBS ini
membuktikan program akademik yang ditawarkan oleh Universiti ini dan OYA-GSB
khususnya adalah sangat kompetatif dan berkualiti. Adalah diharapkan status ini
mampu menarik minat lebih ramai pelajar
yang berkualiti dari dalam dan luar negara untuk meneruskan
pengajian di sini. “
Beliau juga berkata, “ Adalah
diharapkan bahawa status TBS yang
diperolehi ini juga akan dapat
membantu OYA-GSB meningkatkan jalinan kerjasama yang lebih erat
dengan pihak industri serta menarik lebih banyak peluang
pembiayaan yang akhirnya boleh memberi manfaat yang besar
kepada Universiti ini. “
Tambah beliau, “ kita amat berharap
agar status TBS akan memberi peransang dan semangat yang kuat kepada semua warga kerja
Universiti ini untuk mencapai wawasanmenjadikan OYA-GSB salah satu sekolah perniagaan
terkemuka di
rantau ini.
Tambah beliau lagi, hasil kerja keras semua pihak dan komitmen yang tinggi serta sokongan yang padu dan berterusan pihak pengurusan atasan UUM , akhirnya usaha tersebut telah membuahkan hasil yang amat membanggakan.
Katanya lagi, “ kami akan terus bekerja kuat
bagi memastikan hasrat OYA-GSB untuk diiktiraf sebagai salah satu
daripada Top 100 World Business School menjelang 2015
tercapai”.
No comments:
Post a Comment