TNC PI , Prof Razak Bin Abdul Saleh |
Pada
18 november 2012 yang lalu, telah berlangsung majlis beramah mesra bersama TNC
PI, Prof Razak Bin Abdul Saleh (menjalankan tugas TNC HEPA). Majlis ini telah
dihadiri seramai 22 orang ahli MPP yang diketuai oleh YDP Ku Amirul Faiz.
Majlis dimulai dengan makan malam bersama yang berbahagia, prof razak dan
disertai oleh ahli mpp dan diteruskan dengan sesi dialog bersama Yang
Berbahagia, Prof Razak Abdul Saleh. Dalam sesi dialog ini, ahli-ahli MPP banyak
mengutarakan isu-isu yang berkaitan dengan kebajikan Mahasiswa UUM.
Antaranya tuan YDP Ku Amirul Faiz
mengemukakan cadangan agar dibina laluan berbumbung ke varsity mall dari laluan A dan laluan B.
selain itu juga Timbalan Yang Dipertua, Azri Norfikri membangkitkan isu harga
stiker kenderaan dan meminta agar harga
stiker kenderaan bagi motosikal dikurangkan ke RM 10- RM 3. Beliau juga meminta
agar pihak HEP mengkaji semula syarat permohonan stiker tersebut.
Exco UUM CAS, saudara zahier mengemukakan
cadangan agar peruntukan disetiap persatuan akademik ditambah bagi menggalakkan
para pelajar menggerakkan aktiviti-aktiviti yang bersifat ilmiah.
Saudara Shafie, Exco Kebudayaan dan Kesenian |
Exco
kebudayaan dan kesenian saudara shafie hassan turut mencadangkan agar pihak UUM
memberi elaun yang setimpal kepada para pelajar yang menyertai Pertandingan
Kebudayaan di peringkat luar UUM. Disamping itu Naib Yang Dipertua 2, saudara
Razali Bahar meminta agar pihak UUM kerap
menghantar atlet-atlet ke pertandingan luar dan tidak ‘double standard’ dalam
pemilihan utntuk mewakili Universiti. Yang berbahagia Prof Razak menyatakan
beliau akan meneliti isu dan masalah ini serta menyatakan akan diselesaikan
dengan secepat yang mungkin.
"INTEGRITI TERAS KEPIMPINAN SISWA"
No comments:
Post a Comment