BEIJING – Masjid Tertua berusia 538 tahun menjadi
tumpuan Kembara Ukhwah anjuran Pusat Islam Universiti Utara Malaysia
(UUM). Masjid Niujie merupakan masjid terbesar di Beijing ini
dikenali juga dengan nama Libaisi yang mengabungkan senibina Arab dan
China.
Penolong Hal Ehwal Islam, Pusat Islam UUM, Shahril Fazli
Mat Hussain ketika bersama 20 kakitangan dan keluarga yang menyertai Kembara
Ukhwah berkata, kunjungan ini bukan sahaja untuk menunaikan sembahyang malah
turut menyampaikan Sijil dari Pusat Islam UUM sebagai kenangan dan beberapa buah
buku untuk ditempatkan di Masjid ini.
Katanya, memandangkan Masjid ini menjadi tumpuan rakyat
Malaysia dan Indonesia khususnya maka amat sesuailah buku berbahasa Melayu yang
menerangkan mengenai cara Pengurusan Jenazah, Zikir, Munajat, Fardu Ain dan
beberapa buku lain diletakkan disitu.
“Kunjungan kami juga turut dirasai kerana selalunya umat
islam yang berkunjung ke Beijing hanya singgah untuk mengerjakan sembahyang
tetapi berlainan dengan Pusat Islam UUM kerana mengambil peluang untuk
berinteraksi dengan Imam dan kakitangan Masjid yang dikunjungi,”
katanya.
Walaupun kunjungan ini singkat tetapi amat bermakna
kerana dapat berkenal dengan Imam dan pihak pengurusan masjid serta dibawa
melihat sekeliling masjid termasuk kedai menjual cederamata.
Kembara Ukhwah Pusat Islam UUM ke Beijing ini diadakan
selama seminggu dan dibawa melawat beberapa lokasi lain disana termasuk Tembok
Besar China, Pasaraya Islam, Pasar Malam, Pusat Herba, menyaksikan pertunjukkan
Akrobatik, Pusat Kristal, Pusat Jade, Tiananmen Aquare, Forbidden City, Silk
Store Dan beberapa lokasi lain.
Dalam Kembara Ukhwah ini Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat
Islam UUM, Ustaz Yusnaidi Mohd Sabri juga sempat bertemu dan berbincang untuk
megadakan program bersama dengan wakil delegasi motor berkuasa tinggi di
Malaysia.
“Kita bercadang untuk menganjurkan Kem Rempit Bersama
Pusat Islam dengan persetujuan Pengarah Pusat Islam yang berkonsepkan ilmu untuk
generasi muda khususnya,” kata Mohd Yusnaidi lagi.
Langkah ini selaras dengan hasrat pihak Pengarah Pusat
Islam, Prof Madya Dr Ismail Ishak khususnya untuk melihat Pusat ini turut berada
dipersada antarabangsa selain dari program Haji, Umrah dan
Ziarah.
Beliau menambah ada kalangan pelajar, kakitangan dan
masyarakat luar yang mula menunjukkan minat mereka untuk menyertai program yang
dianjurkan oleh pusat ini.
Sementara itu beberapa peserta yang turut dalam program
ini gembira bukan sahaja dapat menyaksikan tempat menarik dan membeli-belah
namun dapat berinteraksi dengan penduduk terutama masyarakat islam
disana.
Dakina Zakaria, 27 berkata, lawatan ini dilihat
berlainan dengan biasa kerana pengisiannya bukan sahaja untuk bercuti malah
dapat menambah ilmu serta mendekatkan juga dengan masyarakat
disana.
Manakala Ahmad Zabadi Mokhtar, 46 berkata, langkah
mengunjungi Masjid dan berinteraksi dengan Imam, bilal dan kakitangan walaupun
mempunyai masalah dari segi bahasa tetapi amat bermakna kerana mesej yang
disampaikan boleh difahami antara kedua pihak.
“Saya melihat program pengantarabangsaan yang dianjurkan
ini berjaya kerana bukan sahaja dapat melihat Tembok Besar China malah dapat
berkongsi pendapat, memahami budaya, menyaksikan bagaimana produk dari China
dihasilkan dan melihat bertapa ramai rakyat China yang Bergama Islam disana,”
ujarnya lagi.
Oleh: Samsudin Oli MohamedGambar
Oleh: Mohd Safarizwan Majid.
No comments:
Post a Comment