Menganggotai
sesebuah organisasi pelajar seperti Kelab, Persatuan, menjadi ahli
Majlis Perwakilan Pelajar(MPP)
ataupun JKPS bukanlah untuk mendapatkan markah SIRA ataupun menjawat
jawatan untuk mencari populariti semata-mata. Sebaliknya perlu
diterjemah dalam bentuk yang lebih konkrit dalam usaha pembangunan diri
mahasiswa itu sendiri. Itulah antara amanat dan nasihat
yang disampaikan oleh Encik Roslee Mardan, Penolong Pengarah Bahagian
Pembangunan Pelajar, HEP merangkap Penasihat Kelab Setia Negara
Universiti Utara Malaysia(KSNUUM).
Dalam
ucapannya sempena Mesyuarat Agung Tahunan(AGM) 2012/2013 KSNUUM, beliau
berkata,
setiap ahli KSNUUM perlu sedar bahawa menganggotai organisasi perlu
dijadikan satu kesempatan untuk melatih diri menjadi mahasiswa yang
kreatif, berkeyakinan dan berketerampilan, selain berdaya fikir dan
berperwatakan baik. Beliau menyeru supaya ahli-ahli KSNUUM
mengelakkan diri daripada menjadi ‘sleeping partner’ atau sekadar
mengambil manfaat daripada hasil usaha orang lain tanpa melakukan
apa-apa untuk kemajuan diri sendiri. Tegasnya, jika sekadar menganggotai
badan pelajar hanya untuk mengelak daripada dikenakan
hukuman oleh pihak Universiti, maka pelajar lebih terdorong sekadar
menjadi peserta. Kesannya, pelajar akan gagal bertindak sebagai peneraju
dan pencetus perubahan.
“Hukuman
boleh membuatkan sesiapa sahaja menjadi terpaksa. Sebagai contoh jika
tidak
aktif, anda takut dibuang dari kolej kediaman(DPP), diapungkan, atau
mungkin terasa seperti tidak mendapat sebarang keistimewaan seperti
kebajikan, isu tidak mendapat sticker dan sebagainya menyebabkan anda
hanya memaksa diri menjadi pengikut(peserta) kepada
organisasi yang ada. Mesti ingat, setelah menjadi ahli badan pelajar
atau organisasi kelab, anda perlu bertindak lebih daripada itu.
Sebaik-baiknya anda mesti mencetus perubahan selaku peneraju utama.
Sumbangkanlah sesuatu yang bermanfaat pada organisasi yang
anda semua sertai. Fikirkan sesuatu yang segar, yang memberi impak
kepada orang di sekitar anda, aktiviti yang membantu menaikkan imej
Universiti. Itulah matlamat kita berorganisasi”. Kalau anda ada komitmen
sebegini, insyaallah KSN ini akan menjadi antara
badan pelajar yang paling aktif dan tidak mustahil berada pada rangking
teratas”. Untuk membuat perubahan itu, tidak perlu terburu-buru. Yang
penting perlu mulakan usaha”.
Dalam
ucapan sama, Encik Roslee turut memberi peringatan kepada ahli-ahli
KSNUUM agar
menjauhkan diri daripada golongan-golongan perosak Universiti. Katanya,
fenomena media sosial yang keterlaluan menyukarkan kawalan terhadap
pemikiran-pemikiran liar di kalangan mahasiswa sendiri. Segelintir
mahasiswa hari ini gemar menggunakan facebook untuk
mensensasikan isu dalaman Universiti dan menghentam Jabatan Hal Ehwal
Pelajar dan Alumni(JHEP). Menurutnya, perkara-perkara kecil yang boleh
diselesaikan dengan cara perbincangan seolah-olah telah menjadi
permasalahan besar sedangkan segala perkara yang digembar-gembur
tersebut tidak benar.
“Ahli-ahli
KSN mesti berhati-hati dengan internet seperti facebook dan blog serta
emel blackberry. Sesuatu hal yang tidak benar dan tidak jelas
kesahihannya boleh menjadi fitnah. Kalau anda juga percaya maka, anda
telah bersubahat menjadi pemfitnah. Tidak ada sesiapa yang rugi. Ini
Universiti kita. Universiti anda. Jadi, mengapa anda nak
menghancurkan Universiti sendiri. Kalau seawal usia begini anda sudah
terlatih menjadi pemfitnah, bayangkanlah sepuluh tahun, mungkin dua
puluh tahun akan datang, anda menjadi generasi yang suka berpesepsi
negatif, berprasangka buruk, sudah tentulah kesudahannya
adalah konflik. Mahasiswa terperangkap dengan pemikiran cara negatif.
Itu salah, ini salah, semuanya salah. Tuhan akan menyekat kehidupan
golongan pemfitnah. Tengok generasi muda di negara timur tengah yang
suka berprasangka buruk menyebabkan negara tidak stabil
sampai hari ini. Jika ada masalah, berterus terang kadang-kadang lebih
baik berbanding kalau anda sebagai mahasiswa meluahkan apa-apa isu
kepada orang(luar) yang tidak boleh membantu menyelesaikannya. Kalau
tidak berupaya sekalipun, apa salahnya diam, lebih
baik. Kalau tidak, keadaan akan bertambah buruk lagi. Tidak ada gunanya
menjadi ahli Kelab Setia Negara kalau anda bersikap tidak setia kepada
Universiti sendiri apatah lagi setia kepada negara. Jadi kena lah faham
makna ‘setia’ itu. Jauhkan diri dari anasir-anasir
ini”. Ujarnya.
Mengakhiri
ucapan, beliau turut mengingatkan kepada ahli-ahli KSNUUM supaya selain
aktif
berpersatuan, pelajaran mesti diutamakan dan menjaga tatasusila sebagai
mahasiswa. Tegasnya, ini boleh dilakukan dengan cara faham mengenai
matlamat asal serta tidak meninggalkan kehidupan beragama. Sementara
itu, mantan Presiden KSNUUM 2011/2012, Norjana Ja’afar
berkata, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli Majlis
Tertinggi 2011/2012 yang berkerjasama melaksanakan aktiviti KSNUUM.
Norjana berharap agar ahli MT dan ahli KSN yang baru keseluruhannya akan
berusaha lebih keras untuk melaksanakan pelbagai
aktiviti terutama mengenalpasti hight impact programme seperti yang disarankan.
KSNUUM bertukar barisan kepimpinan baru setelah Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Berjaya
dilaksanakan pada 8 Disember 2012 lalu di Dewan Auditorium, Perpustakaan Sultanah Bahiyah(PSB). Seramai 17
orang Majlis
Tertinggi(MT) dilantik menggantikan kepimpinan lama. Sungguhpun begitu
beberapa muka lama dikekalkan dengan menjawat jawatan tertinggi selain
Biro-Biro utama. Semua ahli Majlis Tertinggi
KSNUUM 2013/2014 akan terlibat dalam Kem Kepimpinan Pelajar(SLC)
Perdana anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Aumni(JHEP) yang
dijadualkan pada Februari 2013 dan bakal menggariskan beberapa
perancangan aktiviti untuk dilaksanakan pada tahun hadapan.
No comments:
Post a Comment