2 Minggu sebelum peperikssan akhir bermula, iaitu pada 6 Disember 2012 jam, satu siri Jelajah Keselamatan digerakkan oleh Majlis Perwakilan
Pelajar dan siri ini adalah satu kempen ‘Cegah Kecurian’, memerangi jenayah curi yang kerap berlaku pada musim peperiksaan akhir dan hujung semester. Antara inisiatif yang dilakukan bagi mengurangkan jenayah curi adalah memasang banner dan kawasan yang dipasang banner adalah Varsity Mall, Laluan C, dan Laluan D pada jam 11.45
malam.
Tujuan kempen ini adalah untuk memberi kesedaran kepada warga kampus tentang kepentingan menjaga barangan peribadi dan diharapkan dengan pemasangan banner ini, pelajar berwaspada selalu.
Tujuan kempen ini adalah untuk memberi kesedaran kepada warga kampus tentang kepentingan menjaga barangan peribadi dan diharapkan dengan pemasangan banner ini, pelajar berwaspada selalu.
"Sesal dahulu pendatapan, sesal kemudian tidak berguna" dan "Malang tidak berbau"
Itulah pepatah yang paling sesuai menggambarkan apabila berlaku kes kecurian,dan pelajar perlu sedar, manusia akan melakukan pelbagai cara apabila terdesak, dan ada yang mengambil jalan singkat dengan mencuri. Dan hujung semester ketika peperiksaan dijalankan, kerap berlaku kes kecurian dan pastinya Laptop dan Telefon Bimbit menjadi sasaran utama si pencuri. Pencuri pastinya licik dan pintar untuk memilih waktu peperiksaan kerana pada waktu tersebut, ramai pelajar sudah pulang ke rumah kerana habis peperiksaan dengan awal.
Banner di Varsity Mall UUM |
Banner di Varsity Mall UUM |
Banner di Laluan C (YAB dan Muamalat) |
Banner di laluan D (Bukit Kachi) |
MENCEGAH JENAYAH, TANGGUNGJAWAB BERSAMA. Lapor
segera pada Jabatan Keselamatan UUM (24 JAM) untuk sebarang kecemasan di talian
hotline 04-9283333.
SELAIN MEMASANG BANNER, BROSCURE / PAMPHLET juga diedarkan di kepada pelajar sebagai langkah mengurang jenayah di UUM
P
|
anduan
Bagi Mencegah Kecurian Kenderaan (Motorsikal)
Salam kepada warga Universiti Utara Malaysia (UUM)….
Pelbagai
cara manusia terdesak melakukan jenayah untuk mencuri kenderaan anda..
Ikuti langkah-langkah
pencegahan yang patut diambil bagi mengelak kecurian
1)
Letak motosikal ditempat yang DIKHASKAN untuk motosikal. Jangan letakkan di
tempat-tempat yang tidak sepatutnya.
2) Pasangkan ALAT PENGGERA kecurian motosikal dan ukirkan
nombor pendaftaran motosikal pada bahagian-bahagian yang jelas dilihat.
3) Jika ingin pergi di tempat yang berdekatan sila pastikan motosikal BERKUNCI dengan sempurna. Anda hendaklah mengunci di bahagian yang susah dibuka oleh pencuri dan jangan sekadar hanya mengunci di bahagian leher motosikal walaupun sementara.
4) Letakkan di tempat yang MUDAH DILIHAT dan pada waktu malam dan letak di tempat yang TERANG. Ini bagi memudahkan orang lain melihat sekiranya berlaku sesuatu.
5) Pastikan anda MEMASANG RANTAI dan KUNCI TAMBAHAN bagi mengelakkan motosikal dari dicuri.
6) JANGAN tinggalkan kunci sembarangan
dan pastikan ia berada di simpanan anda.
PENJAGAAN BARANG
PERIBADI (Laptop/Handphone/Beg Dompet)
Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh para
pelajar :
1) Menyimpan laptop di tempat yang selamat seperti di BILIK dan MENGUNCI dengan baik.
1) Menyimpan laptop di tempat yang selamat seperti di BILIK dan MENGUNCI dengan baik.
2) Sentiasa
berWASPADA
dengan MEREKA
YANG TIDAK DIKENALI yang datang ke
kolej kediaman.
3) JANGAN
biarkan laptop anda di dalam bilik tanpa pengawasan orang yang dipercayai.
4) PASTIKAN pintu bilik sentiasa kunci
semasa ditinggalkan.
5) LAPOR SEGERA
PADA JABATAN KESELAMATAN UUM
Selain
daripada langkah-langkah di atas, semua pihak harus sama BEKERJASAMA dan BERGANDING
BAHU menjaga keselamatan harta benda di dewan penginapan pelajar.
MENCEGAH
JENAYAH adalah TANGGUNGJAWAB BERSAMA
MARILAH
SAMA-SAMA KITA MEWUJUDKAN KEHARMONIAN KAMPUS BAGI MENCEGAH JENAYAH
|
Sebarang kecemasan
(24 JAM), anda boleh hubungi :
* Jabatan
Keselamatan UUM
UUM Security
Department
~
04 – 9283333
* MPP Exco
Keselamatan & Kesihatan
MPP Exco of
Safety & Health
~ 012 – 4061297
"INTEGRITI, INTELEK, TERAS KEPIMPINAN SISWA"
No comments:
Post a Comment