Thursday 14 February 2013

#MSKsem2 : Mahasiswa baru UUM mengekalkan momentum kesarjaanaan (hari kedua)



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam Idealis Siswa. Bertemu lagi dalam entri Minggu Suai Kenal (MSK). Tentatif hari kedua dimulakan dengan pendaftaran akademik di kolej-kolej akademik dan Pusat Pengajian. Pada pengambilan kali ini, ia melibatkan 12 pusat pengajian dan pendaftaran dilakukan di pejabat pusat pengajian masing-masing. Selain taklimat, dan pendaftaran, kebanyakan mahasiswa baru megambil peluang ini untuk melakukan semakan pindahan kredit pengajian



Disebelah petang, mahasiswa dipecahkan kepada 20 kumpulan bergerak ke Pusat Sukan Universiti (Pusur). Taklimat serta penerangan diberikan kepada mahasiswa baru mengenai kemudahan yang disediakan oleh Pusat sukan. Pada masa yang sama mengambil peluang untuk mencuba kemudahan di Pusat sukan.


Senam robik di Pusat Sukan UUM pada hari kedua MSK


Aktiviti bersama kumpulan
Yang menariknya pada hari ini, pihak Institut Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi( CEDI ) dan MyPEC menaja akhbar New Strait Times. 500 nakshah diedarkan secara percuma bagi pelajar tempatan dan antarabangsa. Ketika pihak Admin menghubungi Exco Informasi MPP UUM, Muhammad Azre bin Azhar, beliau berkata, ia sebagai salah satu usaha merealisasikan dan mendekatkan penggunaan bahasa inggeris dalam kalangan pelajar. 


Pada sebelah malamnya pula, pelajar mendapat taklimat dalam sesi yang bertajuk 3K, (Kaunseling, Kesihatan, dan Keselamatan ). 

Pelajar Antarabangsa juga mendaftar akademik pada hari yang sama. Pendaftaran dijalankan di Pusat Kesihatan Universiti selepas pemeriksaan kesihatan. Sehingga jumlah terkini, seramai 47 pelajar antarabangsa yang mendaftar dan mereka akan menduduki peperiksaan ELTS pada hari kedua MSK (14 Februari 2013).


Teruskan ber #MSKsem2 bersama Blog MPP UUM, Facebook MPP UUM dan Twitter Rasmi @mppuum1213.

Selamat menjalani baki hari yang tinggal! #MSKsem2




No comments: