Sunday 17 February 2013

#MSKsem2 : Mahasiswa baru meneroka bumi UUM (hari keempat)

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, dan Salam Idealis Siswa.

Pada hari ketiga, mahasiswa baru di Minggu Suai Kenal (MSK) menjalani sesi 'Explorace' yang menjadikan bumi UUM yang hijau sebagai pentas perlumbaan. Mahasiswa dibahagikan kepada 20 kumpulan dan setiap kumpulan dilantik seorang ketua.

Seawal pukul 8.30 pagi, mahasiswa berlepas dari DPP Tradewind menuju ke 'checkpoint' masing masing. Antara tempat yang menjadi 'checkpoint' adalah Puncak Vista, Masjid Sultan Badlishah, Kandang Kuda, Perpustakaan UUM dan beberapa tempat lain .

Ketua Biro Aktiviti Mohd Zuraimy Bin Yaakob berkata, yang menariknya setiap 'clue' atau petunjuk diberikan selepas peserta menyelesaikan misi di checkpoint dan diberikan dalam bentuk pantun 4 kerat. Setiap pantun akan membawa maksud setiap tempat yang menjadi checkpoint dan sekaligus membantu mahasiswa baru menghafal tempat-tempat utama di UUM untuk memudahkan mereka mengingati tempat tersebut kelak.


Mohd Zuraimy, Ketua Biro Aktiviti





Basikal fixie yang digunakan oleh penjaga petugas Expolarace yang terlibat.












Explorace berakhir pada jam 12.00 tengahari dan mahasiswa pulang ke DPP Tradewind bagi mendapatkan makan tengahari dan berehat. Pada sebelah petang , mahasiswa dah jawatankuasa MSK sibuk membuat persiapan Malam Apresiasi yang akan berlangsung pada sebelah malamnya.




Pada sebelah malamnya , Pelajar berkumpul di Dewan DPP Tradewind dan setiap kumpulan membuat persembahan masing masing. Pelbagai persembahan yang menarik seperti Nasyid, Band Akustik, Tarian India, Tarian Kipas, Koir dan Persembahan Antarabangsa.



Selesai acara Malam Apresiasi, ahli jawatankuasa MSK mengumumkan keputusan Explorace yang berlangsung pada pagi harinya. Menariknya terdapat satu anugerah misteri iaitu 'Anugerah Spy Terbaik' yang merupakan anugerah bagi spy yang telah dipilihkan dari setiap kumpulan bagi mengagalkan kumpulan sendiri. Ketua Biro Aktiviti, Mohd Zuraimy berkata, spy atau dalang adalah lumrah dalam kehidupan kita seharian, tanpa kita sedari atau sedar. Begitu juga kehidupan di Universiti yang jauh dari ibu bapa, di mana kita perlu bijak memilih kawan.


Anugerah Spy Terbaik dimenangi penghulu mahasiswa MSK


Malam tersebut merupakan malam terakhir mahasiswa di MSK yang ditempatkan di Tradewind sebelum mereka pulang ke DPP asal masing masing esok harinya. Jangan lupa untuk #MSKsem2 di twitter untuk maklumat lebih lanjut mengenai Minggu Suai Kenal Semester 2 Sesi 2012/2013.


"INTEGRITI, INTELEK, TERAS KEPIMPINAN SISWA"




No comments: