Tuesday 11 December 2012

Universiti Utara Malaysia memenangi “Student Engagement Award”

 
 
5 Disember 2012 Universiti Utara Malaysia berjaya memenangi kategori “Student Engagement” yang diumumkan dalam Majlis Makan Malam MOHE Entrepreneurial Award 2012 di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur malam tadi.
 
UUM memenangi hadiah wang tunai RM50,000.00 berserta trofi yang disampaikan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khalid Nordin, Menteri Pengajian Tinggi.  Anugerah tersebut merupakan pengiktirafan kepada UUM yang telah berjaya menggabungkan aktiviti keusahawanan dalam  melahirkan graduan yang mempunyai atribut yang tinggi.  Kriteria yang dilihat adalah bagaimana pelajar dan graduan memperlihatkan keupayaan mereka mengimplementasikan daya fikir dan kebolehan  dalam perniagaan dan keusahawanan melalui pengalaman yang diperolehi dalam pembelajaran di universiti.
 
Kejayaan yang dicapai adalah bertepatan dengan pembudayaan keusahawanan yang telah wujud dalam kalangan pelajar UUM melalui program SISWANIAGA sejak tahun 1990an lagi.   Program berkenaan yang dibentuk bagi menggalakkan pembelajaran di dalam kelas dan disokong pengalaman hands-on melalui perniagaan di dalam kampus ternyata berjaya mengiktiraf UUM dalam kategori “Student Engagement
 
Dalam majlis tersebut, Universiti Teknologi MARA (UiTM) muncul sebagai “Entrepreneurial University of the Year 2012” manakala kategori “Institutional Environment” di menangi oleh UNIMAP, kategori “Innovative and Entrepreneurial Staff” dimenangi oleh UTeM, “Entrepreneurial Impact” dimenangi oleh UPM manakala “Innovative Teaching and Learning” dimenangi oleh UTM.  Anugerah “Best Student Enterprise” dimenangi oleh pelajar UPM.
 
Naib Canselor, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak menerima anugerah bagi pihak UUM.
 
 

No comments: