Wednesday 19 December 2012

Inisiatif Jadual Bus Shuttle UUM






Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Melalui aduan aduan yang dibuat pelajar, bus laluan A dan B menghadapi masalah dari segi jadual bus tidak konsisten. Masalah ini berlaku pada waktu puncak iaitu jam 11.00am ke atas.

Satu mesyuarat antara MPP Exco Kemudahan dan Kebajikan, Mohd Firdaus Bin Zailan dengan Pegawai UNIC, En Akram.

Melalui perbincangan tersebut.

Bus laluan A,B,C, dan D akan mengambil pelajar di DPP seawal pukul 7.30 pagi, selang masa 20 min dan akan beroperasi sehingga petang.


Sedikit pengubahsuaian dilakukan pada bus setiap laluan dimana bermula jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang, satu(1) bus (tambahan) di setiap laluan akan beroperasi selang masa 30 minit. Bagi bus tambahan dilaluan A dan B, bus tersebut boleh dinaiki ke laluan A+B.


Bermula jam 3.00 petang, bus laluan A dan B akan disatukan dan akan melalui setiap DPP di laluan A dan B.


Diharapkan dengan inisiatif ini, masalah berhubungan bus dapat diatasi, dan pelajar dinasihatkan merancang jadual sebaiknya.




"INTEGRITI, INTELEK, TERAS KEPIMPINAN SISWA"



1 comment:

LAU said...

saya harap masalah ini dapat diatasi.. satu peringatan.. walaupun ada bas yang melalui setiap dpp.. tetapi kena tengok sama ada pemandu bas itu ada berhenti untuk ambil pelajar tak.. kadang kala ada bas datang tapi pemandu bas tidak berhenti bas dan terus jalan saja walaupun pada masa itu bas masih ada tempat untuk naik.. harap pihak berkenaan dapat memberi perhatian terhadap masalah ini.. terima kasih =)