Wednesday, 3 April 2013

MPP Utara bergabung demi keamanan


Berhubung dengan isu Lahad Datu di Sabah, Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) telah menganjurkan program 'Bayu Peace' yang akan diadakan serentak. Bagi zon utara, Universiti Sains Malaysia telah dipilih untuk menjadi tuan rumah. 

Program ini untuk menyuburkan rasa sayang akan negara. Selain itu untuk melahirkan rasa bersyukur diatas keamanan yang dikecapi hasil pengorbanan perwira-perwira negara. MPPUUM juga akan menghantar sekumpulan mahasiswa. Kontigen UUM akan diketuai oleh Saudari Marlina Sohaini Exco Keselamatan Kesihatan.

Maklumat lanjut program seperti di bawah:

Tarikh: 4 April 2013 (Khamis)
Masa : 8.30 malam - 11.00 malam
Tempat: Dewan Pembangunan Siswa 1, Kompleks Cahaya Siswa, USM (Bukan di Dewan Tuanku Syed Putra seperti yang dimaklumkan sebelum ini)

Mari Bersama semarakkan idealisme keamanan! Kita bergerak membawa keamanan pada semua!


Integriti, Intelek Teras Kepimpinan Siswa


Sunday, 24 March 2013

Isu Pelekat Kenderaan : Suara Mahasiswa dibawa ke TNC HEPA

Assalamualakum, Salam Sejahtera dan Salam Idealis,

Alhamdulillah, berkat usaha badan kepimpinan pelajar UUM yang berusaha mengumpulkan tandatangan sokongan membawa suara mahasiswa UUM, sebanyak 5519 pelajar UUM berjaya dikumpulkan dalam isu permintaan mahasiswa UUM agar harga pelekat kenderaan diturunkan dan pemberian kepada yang berhak dan layak.

Tujuan permohonan ini dijayakan adalah hasil suara mahasiswa UUM yang sering didengari oleh MPP UUM dan besarlah hasrat MPP UUM agar mahasiswa diberikan pelekat kenderaan untuk keberlangsungan aktiviti pelajar dalam menimba ilmu dan meningkatkan kepimpinan diri dengan menyertai pelbagai aktiviti.

Pada jam 2.30 petang tadi (24 Mac 2013 ), wakill MPP UUM, Timbalan Yang Dipertua, Saudara Azri Nurfikri bersama Timbalan Pengerus Majlis Presiden, Saudari Siti Mariam Bt Mat Zainul serta dua orang pelajar sebagai saksi telah menyerahkan 5519 tandangan pelajar tersebut ke pejabat TNC HEPA.

Berikut merupakan tuntutan seramai 5519 pelajar dari dewan penginapan pelajar berserta tandatangan Presiden - presiden DPP yang memperjuangkan isu pelekat kenderaan dan tuntutan ini telah pun di cop terima oleh pejabat TNC HEPA menandakan bukti tuntutan ini telah diserahkan.

* sila click gambar untuk lihat lebih jelas atau tekan CTRL + mouse skroll ke atas.

page 1

page 2
page 3
page 4


page 5
page 7

page 8

Kesemua gambar di atas adalah benar dan bersama tuntutan di atas 5519 tandatangan pelajar di sertakan bersama sebagai bukti kami membawa suara mahasiswa ke peringkat atas. Jika dinilai kembali, ini adalah bukan kali pertama usaha isu pelekat kenderaan dibawa MPP UUM. Usaha kami sebelum ini adalah di sini dan di sini .

Admin juga ingin mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada JKPS DPP yang berusaha mengumpul tandatangan ini dari bilik ke bilik. Tidak kurang juga pelajar pelajar lain yang menggerakkan pengumpulan tandatangan ini di DPP masing masing.

Marilah kita sama sama berdoa agar harapan pelajar dalam isu pelekat kenderaan berjaya . Amin.


"INTEGRITI, INTELEK, TERAS KEPIMPINAN SISWA"

Sunday, 17 March 2013

Kursus Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar SMK Agama Sik




JHEA ONLINE 
Seramai 80 orang pelajar dari SMK Agama Sik telah mengadakan kursus kepimipinan Majlis Perwakilan Pelajar di kampus UUM pada 7 - 9 Mac 2013 yang lalu melibatkan tiga (3) badan utama sekolah iaitu MPP sekolah, BADAR dan Ketua Kamar Asrama. Objektif utama kursus ini diadakan  bagi melatih pelajar untuk memimpin usrah dikalangan pelajar dan membina individu yang berkeyakinan dan berketerampilan agar melahirkan pemimpin yang dapat dijadikan `role model` oleh pelajar lain.
Menurut Hajah Habibah Ramli, Pengetua  SMK Agama Sik, beliau amat bersyukur kerana jalinan yang terjalin antara sekolah dan UUM dapat membantu sekolah mencapai KPI selain melahirkan pelajar yang berdaya saing dari pelbagai aspek terutamanya akademik.
Kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Akademik dengan kerjasama MPP UUM telah melibatkan pelbagai aktiviti indoor dan outdoor antaranya adalah jungle trackingdan water confident.