Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Idealis Siswa.
Kepada pelajar yang menjadi mangsa, diharapkan terus membantu memberi maklumat agar perkara sebegini tidak berulang lagi.
Pelajar diingatkan agar tidak mudah mempercayai, membeli, melanggan sebarang produk atau perkhidmatan tanpa mendapat maklumat yang lengkap dan resit resit pembelian.
Hal ini berikutan, terdapat beberapa kes dimana ramai pelajar UUM diperdayakan oleh pihak atau individu yang bermotifkan keuntungan. Melalui kes yang sedang diuruskan Exco Perhubungan Awam, Soo Yong Tian dan Exco Hal Ehwal Antarabangsa, Yong Cheng, terdapat sejumlah pelajar telah membuat aduan bahawa wang mereka telah tidak dipulangkan oleh individu yang nenawarkan perkhidmatan bus. Setelah habis pengajian di UUM, dan menutup perkhidmatan tersebut, sejumlah wang kira kira RM 7000.00 yang masih berbaki berada ditangan individu tersebut masih belum dipulangkan kepada pemilik wang.
Berikutan hal tersebut wakil mpp , Soo Yong Tian telah membawa perkara ini ke pihak polis setelah banyak aduan diperolehi. Aduan dibuat bersama para pelajar yang menjadi mangsa.
Isu ini masih dalam pemantauan dan atas budi bicara, individu tersebut berjanji akan memulangkan wang pengguna tersebut selewatnya Julai 2013.
Kepada pelajar yang menjadi mangsa, diharapkan terus membantu memberi maklumat agar perkara sebegini tidak berulang lagi.
"Integriti, Intelek,Teras Kepimpinan Siswa"
No comments:
Post a Comment