Thursday, 28 February 2013

MPP UUM Membawa Isu WIFI di Kampus

Assalamualaikum, Salam  Sejahtera dan Salam Idealis Siswa,

Pada  28 Februai 2013 (Khamis) pada jam 11.15 pagi, satu sesi perjumpaan antara wakil MPP dan pusat komputer telah diadakan. Tujuan perjumpaan kali ini adalah untuk menyampaikan aduan pelajar dari DPP yang mempunyai masalah wifi bermula dua hari yang lalu. Wakil MPP yang terlibat adalah Yang Dipertua Pelajar, Saudara Ku Amirul,Exco Informasi, Muhamad Azre dan Exco Pusat Pengajian Pengkomputeran, Nur Izham. Pengawai yang terlibat adalah En.Khalil, pegawai bahagian Rangkaian dan Keselamatan(Network & Security) bersama beberapa pegawai lain. Kehadiran MPP adalah untuk mendapatkan penjelasan, berkenaan masalah yang dihadapi, untuk membantu menyelesaikan masalah wifi untuk kemudahan pelajar.




Encik Khalil, pegawai network & security UUM (paling kiri)

Saudara Nur Izham, bersama MPP yang lain telah mengumpulkan 23 senarai pelajar yang berani tampil membuat aduan wifi dengan kadar segera untuk diadukan kepada pusat komputer. Pusat komputer telah menerima senarai pelajar dari DPP dan akan membuat kajian wifi (wifi testing ) di lokasi terbabit.





Maklumat yang betul membantu MPP menyampaikan aduan, sekaligus membantu kerja kerja pusat komputer

Pusat komputer menyatakan masalah yang dihadapi telah disedari pihak mereka, dan langkah mengumpulkan kawasan di DPP membantu pihak mereka untuk mengenalpasti kawasan yang terjejas. Namun kesukaran timbul kerana kawasan UUM yang merangkumi struktur yang besar sukar untuk dikenalpasti kawasan yang bersamalah untuk dilakukan tindakan yang segera.

Menjawab tentang isu wifi, pusat komputer telah menambahkan kawsan liputan (access point) di bukit kachi yang yang tidak dapat menampung jumlah pelajar sebelum ini. Namun kini, setelah ditambah, liputan di UUM boleh dikatakan menyeluruh (sudah merangkumi setiap bangunan yang berpenghuni dan berkaitan dengan kegunaan internet). Menurut pihak komputer, masalah yang muncul kini adalah dari segi penstrukturan rangkaian(network design), masalah teknologi hardware yang digunaka, dan masalah konfigurasi yang tidak dijangka.


YDP, Ku Amirul menyampaikan hasrat agar, isu ini dapat diselesaikan segera pelajar dapat menggunakan wifi . Pihak pusat komputer akan melakukan tinjauan di lokasi yang dilaporkan. Terima kasih diucapkan atas kerjasama yang diberikan pelajar . Melalui aduan , lokasi kawasan DPP, kerja penambahbaikan lebih mudah dilakukan oleh pusat bahagian teknikal dari pusat komputer.

YDP bersama Exco Pusat Pengajian Pengkomputeran dan pegawai  dari pusat komputer


Alhamdulillah , dalam sekitar jam 3 petang, daripada makluman pelajar-pelajar, kebanyakan kawasan WIFI telah pulih dan pelajar boleh mengakses internet. MPP UUM mengucapkan terima kasih kepada pihak Pusat Komputer kerana telah bertindak pantas. Admin percaya tindakan pantas dapat diambil sekiranya maklumat yang diberikan disalurkan dengan cara yang betul seperti memberi lokasi bilik, dan DPP yang memudahkan pusat komputer untuk mengesan masalah.

Sekiranya masih terdapat masalah , pelajar boleh menghubugi Saudara Nur Izham, Exco pusat pengajian pengkomputeran atau Saudara Muhamad Azre, Exco Informasi dengan memberikan nama penuh, no telefon, dan , No bilik dan DPP. Terima kasih admin ucapkan kepada semua pihak yang terlibat .


"INTEGRITI, INTELEK, TERAS KEPIMPINAN SISWA"









Wednesday, 27 February 2013

PERJUMPAAN BERSAMA PRESIDEN-PRESIDEN KELAB DAN PERSATUAN UUM

Pada 27 Februari 2013 telah diadakan perjumpaan bersama Presiden-Presiden Kelab dan Persatuan UUM  bertempat di Dewan Kembara, DPP Proton. Perjumpaan ini telah dikendalikan oleh Naib Yang DiPertua 2 MPP UUM, Saudara Razali Bin Bahar. Dalam  perjumpaan ini telah diwujudkan  satu Sekretariat Presiden-presiden Kelab dan Persatuan UUM. Sekaligus ia dapat membantu dalam mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh kelab-kelab dan persatuan di UUM  selain daripada mengeratkan lagi hubungan antara kelab-kelab akademik dan kelab-kelab bukan akademik.



Berikut senarai jawatankuasa bagi Sekretariat Presiden-Presiden Kelab dan Persatuan UUM

Presiden : Saudara  Mohd Yusof Bin Mat Hasan ( Kelab Ad Hoc Kelantan) 
Timbalan Presiden : Saudara Ayotullah Hasby Bin Sari Usman ( Kelab Ad Hoc Selangor)

Setiausaha : Saudari Siti NurulBahiyah Binti Abu Seman ( Kelab Setia Negara) 
Bendahari : Saudari Fittiyah Binti Mohd Yusof ( Persatuan Multimedia dan Teknologi,CAS)








Selain daripada pembentukkan Sekretariat ini,  juga diadakan perbincangan mengenai masalah mahupun cadangan penambahbaikkan daripada Presiden-Presiden Kelab dan Pesatuan. Antaranya mengenai isu sticker bagi PALAPES dan KOR SUKSIS serta sticker bagi semua ahli jawatankuasa Kelab dan Persatuan UUM, bilik khas bagi Kelab Ad hoc anak negeri, elaun bagi atlet UUM, mata SIRA yang berbeza bagi kelab akademik mahupun yang bukan akademik dan banyak lagi.  Sehubungan dengan itu, segala masalah dan cadangan yang disuarakan akan dibawa kepada pihak yang berkenaan dan sekaligus dapat membantu Kelab dan Persatuan UUM dalam mengendalikan program yang lebih efektif dan sekaligus membantu dalam menaikkan nama UUM di peringkat yang lebih tinggi.

"INTEGRITI, INTELEK , TERAS KEPIMPINAN SISWA"


 

Monday, 25 February 2013

Perjumpaan antara Pengarah Jabatan Keselamatan (JK) UUM dan JKPS Exco Keselamatan dan Kesihatan (EKS) 14 Dewan Penginapan Pelajar UUM


MPP UUM Exco Keselamatan & Kesihatan, Marlina Bt Sohaini telah mengadakan perjumpaan antara Pengarah Jabatan Keselamatan, Supt. Abdul Alim dan Pembantu Keselamatan (KP22)bersama JKPS Keselamatan & Kesihatan setiap DPP pada 24/2/2013 bersamaan hari Ahad yang bertempat di Bilik Mesyuarat Majlis Perwakilan Pelajar selama 1 jam 30 minit. Objektif perjumpaan ini diadakan adalah bertujuan memberi pencerahan tanggungjawab bersama dalam menangani isu-isu keselamatan dalam kampus dan cara mengatasi, selain mengeratkan silaturrahim antara pelajar dan pegawai Jabatan Keselamatan UUM.



Antara perkara yang dibincangkan, pihak JK akan meletakkan seorang pegawai JK di setiap 2 DPP, untuk menjadi pemantau segala aktiviti yang berkaitan dengan keselamatan tidak kira dari segi fizikal dan mental.

Menurut pengarah JK, dalam masa yang terdekat, hanya kawasan Bukit Kachi akan dilaksanakan sistem kad kenderaan keluar masuk kepada pelajar dan staf, iaitu setiap kenderaan (motorsikal/kereta) yang masuk ke kachi akan diberi kad yang mempunyai cop, dan dikehendaki menyerahkan kad itu semula apabila keluar dari kawasan kachi di ‘guard post’. Langkah ini adalah salah satu langkah menangani atau mengesan kes-kes kecurian terutamanya motorsikal.

Walaupun punca kehilangan laptop pelajar adalah disebabkan oleh kecuaian pelajar itu sendiri, tetapi pihak Jabatan Keselamatan tetap berperanan untuk mengatasi kes tersebut. Pihak JK memperingatkan kepada semua JKPS Exco Keselamatan & Kesihatan setiap DPP supaya sentiasa memberi peringatan langkah-langkah cegah kecurian kepada para pelajar.

Pelbagai perkara yang dibincangkan iaitu penjual ubat di DPP, buli, judi, berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan, kes curi (laptop, motorsikal), serta politik dalam kampus. Segala perkara yang boleh memberi kesan negatif kepada keadaan sekeliling di dalam kampus atau pelajar-pelajar yang lain, mohon untuk memaklumkan dengan kadar segera kepada pihak Jabatan Keselamatan UUM supaya perkara tersebut dapat di banteras dengan awal.

Setiap JKPS DPP telah sedia maklum saluran yang harus mereka hubungi sekiranya berlaku perkara-perkara yang mencurigakan. Sebelum mengakhiri perjumpaan tersebut, Tuan Alim harap supaya jalinan antara exco keselamatan dan kesihatan dan pihak JK sentiasa berterusan supaya setiap maklumat berkenaan keselamatan mudah dan pantas di terima. 

Berikut adalah saluran yang boleh pelajar hubungi sekiranya berlaku kecemasan :


  • Jabatan Keselamatan Hotline : 04-9283333
  • Ambulans Pusat Kesihatan : 04-9284444 / 012-4774311
  • MPP Exco Keselamatan & Kesihatan : 012-4061297

JKPS (Exco Keselamatan dan Kesihatan) DPP 

Bank Muamalat : 013-5320078
TNB : 019-4096824
Petronas : 013-5390336
SME Bank : 017-6217232
MAS : 014-2443964
TM : 012-4952464
Tradewinds : 013-4455754
Bank Rakyat : 017-5071707
MISC : 017-9068735
YAB : 017-7943727
Sime Darby : 019-6746384
Proton : 017-8736286
BSN : 016-5049475
EON : 019-4125709


"INTEGRITI, INTELEK, TERAS KEPIMPINAN SISWA"