Saturday, 16 February 2013

Karnival Jom Masuk U 2013



MPPUUM berserta SUK MPP bersama dengan pengawai HEA berkampung dua hari 16-17 Februari 2013 di Perkarangan stadium Darul Aman untuk karnival Jom Masuk U 2013. Ini merupakan fasa ke tiga sejak dilancarkan di Universiti Malaya sebelum ini. Program ini penting untuk mempromosikan UUM sebagai salah sebuah universiti yang menjadi pilihan.

Hasil tinjauan, ramai pengunjung yang terdiri dari pelajar lepasan SPM berpusu-pusu mendapatkan maklumat mengenai Kursus yang ditawarkan. Selain daripada itu, UUM merupakan tuan rumah pada penganjuran Fasa 3 di Kedah. Rata-rata pengunjung tertarik dengan kursus pengurusan yang ditawarkan oleh UUM sesuai dengan imej pengurusan yang terkemuka yang ditonjolkan.

Team MPPUUM diketuai oleh NYDP 1 Saudari Iqtiyani berkata; MPPUUM mengambil platform ini untuk menonjolkan imej UUM dan menarik minat serta perhatian pelajar untuk menceburi kursus di UUM. 

Selain dari UUM, 20 IPT lain turut terlibat. Disamping itu, banyak juga agensi kerajaan yang berkaitan dengan KPT juga membuka booth bagi berkongsi maklumat kepada pengunjung. Admin sertakan beberapa gambar yang sempat dirakam. 








"Integriti, Intelek Teras Kepimpinan Siswa"



Friday, 15 February 2013

#MSKsem2 : Ikrar akur janji dilafaz penuh bersemangat oleh mahasiswa (hari ketiga))

Bertemu lagi dalam entri ketiga mengenai Minggu Suai Kenal mahasiswa baru UUM. Pada hari ketiga 15 Februari 2013, berlangsung Slot Keusahawanan, Sistem Sira dan FACT pada waktu paginya.

Dalam slot seterusnya iaitu slot ICT & E-learning, mahasiswa baru menerima pendedahan cara menggunakan laman web yang sangat penting bagi pelajar iaitu UUM Learning Zone dan UUM portal. Naib YDP 1 , Saudari Iqtiyani sempat membuat tutorial cara mengakses kedua laman web tersebut.  

Pada sebelah petangya pula, berlangsung program bersama MPP UUM yang memperkenalkan barisan MPP UUM serta visi dan misi MPP UUM.






Acara terpenting pada hari ketiga tersebut adalah ikrar akur janji oleh pelajar baru Sesi 2012/2013 yang berlangsung di DPP Tradewind. Dalam acara tersebut, pelajar tempatan dan antarabangsa berikrar di hadapan wakil pendaftar UUM. Penghulu bagi pelajar minggu suai kenal, Saudara Haziq  sebagai menyerahkan watikah akur janji pelajar kepada Encik Redzuan Ishak, wakil pendaftar UUM dan sekaligus pelajar baru MSK menjadi keluarga baru UUM secara rasmi. 




Tahniah kami ucapkan. Jangan lupa #MSKsem2 di twitter untuk melihat maklumat terbaru mengenai Mingu Suai Kenal   Semester 2 sesi 2012/2013


"INTEGRITI, INTELEK, TERAS KEPIMPINAN SISWA"




Thursday, 14 February 2013

#MSKsem2 : Mahasiswa baru UUM mengekalkan momentum kesarjaanaan (hari kedua)



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam Idealis Siswa. Bertemu lagi dalam entri Minggu Suai Kenal (MSK). Tentatif hari kedua dimulakan dengan pendaftaran akademik di kolej-kolej akademik dan Pusat Pengajian. Pada pengambilan kali ini, ia melibatkan 12 pusat pengajian dan pendaftaran dilakukan di pejabat pusat pengajian masing-masing. Selain taklimat, dan pendaftaran, kebanyakan mahasiswa baru megambil peluang ini untuk melakukan semakan pindahan kredit pengajian



Disebelah petang, mahasiswa dipecahkan kepada 20 kumpulan bergerak ke Pusat Sukan Universiti (Pusur). Taklimat serta penerangan diberikan kepada mahasiswa baru mengenai kemudahan yang disediakan oleh Pusat sukan. Pada masa yang sama mengambil peluang untuk mencuba kemudahan di Pusat sukan.


Senam robik di Pusat Sukan UUM pada hari kedua MSK


Aktiviti bersama kumpulan
Yang menariknya pada hari ini, pihak Institut Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi( CEDI ) dan MyPEC menaja akhbar New Strait Times. 500 nakshah diedarkan secara percuma bagi pelajar tempatan dan antarabangsa. Ketika pihak Admin menghubungi Exco Informasi MPP UUM, Muhammad Azre bin Azhar, beliau berkata, ia sebagai salah satu usaha merealisasikan dan mendekatkan penggunaan bahasa inggeris dalam kalangan pelajar. 


Pada sebelah malamnya pula, pelajar mendapat taklimat dalam sesi yang bertajuk 3K, (Kaunseling, Kesihatan, dan Keselamatan ). 

Pelajar Antarabangsa juga mendaftar akademik pada hari yang sama. Pendaftaran dijalankan di Pusat Kesihatan Universiti selepas pemeriksaan kesihatan. Sehingga jumlah terkini, seramai 47 pelajar antarabangsa yang mendaftar dan mereka akan menduduki peperiksaan ELTS pada hari kedua MSK (14 Februari 2013).


Teruskan ber #MSKsem2 bersama Blog MPP UUM, Facebook MPP UUM dan Twitter Rasmi @mppuum1213.

Selamat menjalani baki hari yang tinggal! #MSKsem2