Tuesday, 12 February 2013

#MSKsem2: 267 mahasiswa baru berhimpun (hari pertama)


AJKS Minggu Suai Kenal Semeste 2 membantu pelajar baru mendaftar.



Minggu Suai Kenal Semester (MSK) 2 sesi 2012/2013 bermula secara rasminya pagi semalam. Seramai 266 mahasiswa baru telah mendaftar diri di DPP Tradewind untuk berkampung selama 12 - 16 Februari 2013. Penghulu MSK kali ini iaitu saudara Muhammad Hariz berkata pendekatan yang lebih realistik digunakan untuk menyediakan satu suasana persediaan sebelum menjadi ahli keluarga baru UUM. 


Saudara Muhammad Hariz - Penghulu MSK

Tambah beliau lagi seramai 37 AJKS yang terdiri daripada MPP serta Setiausaha Kerja terlibat didalam MSK pada kali ini. Selain itu, bagi pengambilan antarabangsa pula, ia melibatkan seramai 20 orang AJKS yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Hari pertama melibatkan pendaftaran serta penyerahan dokumen yang diperlukan. Sementara malamnya pula melibatkan taklimat daripada Pusat Kokurikulum mengenai aktiviti Ko-K yang boleh disertai.

 Senarai Majlis Tertinggi (MT) dan Ketua Biro yang terlibat dalam MSK kali ini

Majlis Tertinggi 
    • Penghulu MSK - Saudara Muhammad Hariz
    • Timbalan Penghulu - Saudara Mohamad Ridzuan
    • Kem Komandan - Saudara Muhammad Aizat
    • Penghuluwati - Saudari Nur Hidayah
    • Setiausaha - Saudari Khairun Nadhirah
 Ketua Biro
    • Penginapan dan Pendaftaran - Saudari Rabiaaton Adawiyah Safri
    • Jamuan - Saudari Noor Hidayah 
    • Pengangkutan - Luat Anak Bilong
    • Teknikal - Saudara Muhammad Zahier
    • Protokol - Saudari Nurul Aqeedah
    • Cenderahati - Saudari Ramdiatol Ain
    • Kerohanian - Saudara Ahmad Fitri
    • Keselamatan dan Kesihatan - Saudari Marlina Sohaini
    • Penerbitan dan Informasi - Saudari Adeela
    • Akademik - Saudari Nur Suhaniza
    • Antarabangsa (International) - Saudari Azyan Fairuz
    • Kebajikan dan PTPTN - Saudara Mohd Firdaus
    • Aktiviti - Saudara Mohd Zuraimy
    • Logistik - Saudara Nor Izham
        
Aktiviti yang direncanakan antara lain memberikan pengetahuan  yang diperlukan oleh pelajar. Kebanyakkan pelajar yang mendaftar adalah dari latar belakang Diploma dan Kolej Perniagaan menerima mahasiswa teramai. Bagi Pusat Pengajian Perbankan Islam menerima seramai 39 mahasiswa baru. Bagi meraikan kemasukan mahasiswa baru, Admin melancarkan hashtag #MSKsem2 ditwitter untuk mengetahui perkembangan semasa MSK pada kali ini.

Untuk maklumat terkini boleh melawat Facebook rasmi MPP UUM kerana Admin akan memberikan input terbaru mengenai MSK. Jangan lupa #MSKsem2. Kita meriahkan MSK kali ini. Nantikan juga entri terbaru setiap hari di blog rasmi MPP UUM bagi maklumat yang sama.

Selamat menjalani #MSKsem2 pada semua!













"INTEGRITI, INTELEK, TERAS KEPIMPINAN SISWA"

Tuesday, 5 February 2013

PROGRAM SEMARAK MENDAPAT SAMBUTAN

19 Januari, seramai 347 sukarelawan terdiri daripada JKPS, Persatuan serta rakan mahasiswa telah menyertai program Siswa Bersama Masyarakat anjuran MPP UUM. Di dalam program ini, sebanyak 18 kampung di 18 DUN di dalam negeri Kedah telah terlibat.

 Program SEMARAK ini merupakan cetusan idea Exco Pusat Pengajian Perbankan Islam saudara Aizat Saad dan Dato' Mukhriz Tun Mahathir menggabungkan tenaga mahasiswa untuk berkhidmat demi masyarakat kampung.

Pengarah program  saudara Aizat Saad


Didalam tinjauan pihak admin, sambutan yang diterima oleh pihak kampung sungguh menggalakkan. Ini melambangkan kesediaan masyarakat untuk bersama dengan mahasiswa UUM. Antara lain program ini, program ini bertujuan untuk mempromosikan UUM yang sinonim dengan negeri Kedah.
Ketua kawasan untuk Kampung Putat, saudara Shamsul Anwar berkata reaksi positif dan mesra diberikan kepada mahasiswa UUM. 'Di Kampung Putat, kami mengadakan aktiviti mengecat surau, pertandingan mewarna, dan gotong royong memasak. Pada sebelah petang sukaneka dan malamnya diadakan ceramah'.


saudara Shamsul Anwar : "Di Kampung Putat, kami mengadakan aktiviti mengecat surau, pertandingan mewarna, dan gotong royong memasak. Pada sebelah petang sukaneka dan malamnya diadakan ceramah"

Dato' Mukhriz telah merasmikan program SEMARAK pada 18 Januari di Dewan TSO. Ia turut dihadiri oleh Timb Naib Canselor HEPA Prof Madya Dr Abd Malek Karim, YDP MPP Ku Amirul Faiz serta ketua-ketua kawasan dan peserta. SEMARAK anjuran MPP ini memanifestasikan kesediaan MPP menyahut cabaran tahun 2013 sebagai tahun kesukarelawan. 


'Integriti Intelek Teras Kepimpinan Siswa'



Kuasa mengundi orang muda

Klik untuk lihat lebih besar