Thursday, 4 April 2013

Selamat Bercuti

Hari ini Khamis merupakan hari yang terakhir sebelum cuti pertengahan semester bermula. Buat rakan mahasiswa yang akan pulang ke kampung halaman, selamat pulang dengan hati-hati. Yang memandu Admin doakan selamat sampai ke destinasi. Bagi yang tinggal di kampus bolehlah hubungi MPPUUM ynag bertugas untuk membantu seandainya anda mengalami kesulitan.

Selamat Bercuti buat semua

Integriti Intelek Teras Kepimpinan Siswa

Mahasiswa UUM Prihatin

Satu ribut telah melanda  Kg Paya di Jerlun telah memusnahkan lebih kurang 40 buah rumah. Justeru pada 2 April 2013 seramai 12 orang sukarelawan dari kalangan MPPUUM, wakil Jemaah Presiden serta wakil persatuan mahasiswa telah bergerak ke tempat bencana. 

Tujuannya adalah untuk membantu penduduk kampung untuk membersih kawasan persekitaran yang terjejas teruk Turut menyertai misi sukarelawan ini ialah YDP MPP Ku Amirul Faiz Ku Seman serta Timb YDP saudara Azri Norfikri. Presiden JKPS DPP Muamalat juga menyertai misi sukarelawan yang digerakkan bersama Majlis Belia Negeri Kedah.

Admin mendoakan agar penduduk di Kg Paya tabah dalam menghadapi musibah. Marilah bersama kita mendoakan kesejahteraan penduduk kampung. 

Gambar sukarelawan uum bersama sukarelawan belia









Integriti Intelek Teras Kepimpinan Siswa

Wednesday, 3 April 2013

MPP Utara bergabung demi keamanan


Berhubung dengan isu Lahad Datu di Sabah, Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) telah menganjurkan program 'Bayu Peace' yang akan diadakan serentak. Bagi zon utara, Universiti Sains Malaysia telah dipilih untuk menjadi tuan rumah. 

Program ini untuk menyuburkan rasa sayang akan negara. Selain itu untuk melahirkan rasa bersyukur diatas keamanan yang dikecapi hasil pengorbanan perwira-perwira negara. MPPUUM juga akan menghantar sekumpulan mahasiswa. Kontigen UUM akan diketuai oleh Saudari Marlina Sohaini Exco Keselamatan Kesihatan.

Maklumat lanjut program seperti di bawah:

Tarikh: 4 April 2013 (Khamis)
Masa : 8.30 malam - 11.00 malam
Tempat: Dewan Pembangunan Siswa 1, Kompleks Cahaya Siswa, USM (Bukan di Dewan Tuanku Syed Putra seperti yang dimaklumkan sebelum ini)

Mari Bersama semarakkan idealisme keamanan! Kita bergerak membawa keamanan pada semua!


Integriti, Intelek Teras Kepimpinan Siswa