Tuesday, 5 February 2013

PROGRAM SEMARAK MENDAPAT SAMBUTAN

19 Januari, seramai 347 sukarelawan terdiri daripada JKPS, Persatuan serta rakan mahasiswa telah menyertai program Siswa Bersama Masyarakat anjuran MPP UUM. Di dalam program ini, sebanyak 18 kampung di 18 DUN di dalam negeri Kedah telah terlibat.

 Program SEMARAK ini merupakan cetusan idea Exco Pusat Pengajian Perbankan Islam saudara Aizat Saad dan Dato' Mukhriz Tun Mahathir menggabungkan tenaga mahasiswa untuk berkhidmat demi masyarakat kampung.

Pengarah program  saudara Aizat Saad


Didalam tinjauan pihak admin, sambutan yang diterima oleh pihak kampung sungguh menggalakkan. Ini melambangkan kesediaan masyarakat untuk bersama dengan mahasiswa UUM. Antara lain program ini, program ini bertujuan untuk mempromosikan UUM yang sinonim dengan negeri Kedah.
Ketua kawasan untuk Kampung Putat, saudara Shamsul Anwar berkata reaksi positif dan mesra diberikan kepada mahasiswa UUM. 'Di Kampung Putat, kami mengadakan aktiviti mengecat surau, pertandingan mewarna, dan gotong royong memasak. Pada sebelah petang sukaneka dan malamnya diadakan ceramah'.


saudara Shamsul Anwar : "Di Kampung Putat, kami mengadakan aktiviti mengecat surau, pertandingan mewarna, dan gotong royong memasak. Pada sebelah petang sukaneka dan malamnya diadakan ceramah"

Dato' Mukhriz telah merasmikan program SEMARAK pada 18 Januari di Dewan TSO. Ia turut dihadiri oleh Timb Naib Canselor HEPA Prof Madya Dr Abd Malek Karim, YDP MPP Ku Amirul Faiz serta ketua-ketua kawasan dan peserta. SEMARAK anjuran MPP ini memanifestasikan kesediaan MPP menyahut cabaran tahun 2013 sebagai tahun kesukarelawan. 


'Integriti Intelek Teras Kepimpinan Siswa'



Kuasa mengundi orang muda

Klik untuk lihat lebih besar


Sunday, 3 February 2013

KERAJAAN INDIA HANTAR PEGAWAI JALANI LATIHAN DI UUM


Universiti Utara Malaysia (UUM) menjadi pilihan kerajaan India, apabila pegawai tinggi daripada National Institute for Financial Management of India (NIFM), milik Kementerian Kewangan India menghantar pegawai-pegawai tingginya menjalani latihan di universiti ini.
Pengarah Executive Development Program (EDP) Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB), Prof Dr Ajay Chauhan berkata, ketika ini UUM telah menerima seramai 131 pegawai daripada empat kumpulan iaitu 33 orang pada 2011, 39 orang pada Januari  dan 20 orang pada September 2012 serta 39 orang pada Januari tahun ini.
 
“UUM telah menerima RM200,160 daripada NIFM, iaitu bayaran RM1,200 seorang pada dua kumpulan yang pertama dan RM1,440 seorang pada dua kumpulan yang terakhir,” ujar beliau.
Katanya lagi, penubuhan Program Pembangunan Eksekutif Khas daripada OYAGSB, telah menjadi pemangkin untuk menarik lebih ramai pelajar antarabangsa terutama daripada India melanjutkan pelajaran di UUM.
Sementara itu, pada tahun lalu, pegawai-pegawai tinggi daripada Directorate General of Accounting and Internal Audit (DGAIA), Kementerian Kewangan India yang telah menamatkan latihan mereka di universiti ini dan telah dirai pada majlis NIFM International Training Program Farewell Dinner and Award of Certificate, yang telah berlansung di EDC-UUM.
Latihan tersebut merupakan antara hasil yang dicapai daripada perbincangan dan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara NIFM dan UUM yang telah ditandatangani oleh Naib Canselor, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak dengan wakil NIFM, Prof Dr Gupta di New Delhi.
Pada perkembangan yang sama, kerjasama antarabangsa UUM ini membolehkan universiti  mengembangkan sayapnya ke India seiring hasrat Naib Canselor untuk mengantarabangsakan universiti ini dan juga merealisasikan hasrat menjadi Universiti Pengurusan Terkemuka.
Selain itu, langkah UUM menjalinkan kerjasama seperti ini juga dapat mempertingkatkan lagi hubungan antara Malaysia dan India yang akan membawa keuntungan kepada kedua-dua negara.