 |
Dato Seri Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi |
Pencapaian berdasarkan pengajaran dan pembelajaran
Shah
Alam: Sebanyak 35 institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta
menerima pengiktirafan cemerlang menerusi Sistem Penarafan Institusi
Pengajian tinggi (SETARA) 2011 berbanding 18 IPT pada 2009.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin,
berkata sebilangan besar universiti dan kolej universiti menunjukkan
pencapaian yang memberangsangkan dalam SETARA 2011.
Daripada 32 universiti yang dinilai, empat
universiti awam iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya,
Universiti Putra Malaysia dan Universiti Sains Malaysia menerima
pengiktirafan enam bintang, tertinggi dalam penarafan MyRA.
Katanya, SETARA adalah sistem penarafan dan bukan sistem
kedudukan (ranking) yang menumpukan kepada pengajaran dan pembelajaran
di sesebuah universiti atau kolej universiti.
Bagaimanapun,
katanya, tiada universiti mencapai tahap enam atau terbilang atau tahap
satu dan dua bintang, iaitu lemah dan memuaskan.
UUM antara cemerlang
IPT awam yang menerima pengiktirafan cemerlang termasuk Universiti
Islam Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya,
Universiti Malaysia Pahang, Universiti Malaysia Perlis, Universiti Putra
Malaysia dan Universiti Utara Malaysia.
IPT swasta yang menerima pengiktirafan sama antaranya
Universiti Multimedia, Universiti Kuala Lumpur, Universiti Teknologi
Petronas, Kolej Universiti Sunway, Universiti Teknologi Curtin Kampus
Sarawak, Universiti Monash Kampus Sunway, Kolej Universiti Taylor's dan
Kolej Universiti Nilai.
Mohamed Khaled turut mengumumkan
penarafan bintang bagi mengukur program penyelidikan, pembangunan dan
pengkomersialan mengikut Instrumen Penilaian Penyelidikan Malaysia
(MyRA) terhadap IPT yang terbabit dalam program berkenaan.
Beliau berkata, sejak MyRA dilaksanakan pada 2007, tahun ini julung kali keputusannya didedahkan kepada umum.
Enam bintang
Daripada 32 universiti yang dinilai, empat universiti awam iaitu
Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Putra
Malaysia dan Universiti Sains Malaysia menerima pengiktirafan enam
bintang, tertinggi dalam penarafan MyRA.
IPT yang menerima
pengiktirafan lima bintang pula ialah Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Teknologi
PETRONAS.
Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti
Teknologi Petronas turut terpilih untuk masing-masing menerima inisiatif
geran bernilai RM5 juta sebagai galakan membangunkan program
penyelidikan.
Katanya, kedua-dua sistem penilaian itu (SETARA
dan MyRA) digunakan untuk membuat dasar termasuk penetapan dasar penting
dan untuk membangunkan usaha memantapkan universiti di negara ini.
Jawatankuasa bebas
“Proses dan mekanisme penilaian kedua-dua SETARA dan MyRA dilaksanakan
dua jawatankuasa bebas berasingan yang masing-masing dilantik oleh
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pengajian Tinggi melalui
Jabatan Pengajian Tinggi.
Mohamed Khaled berkata, penarafan
itu juga bertujuan mendidik orang awam untuk membuat pemilihan
universiti berdasarkan kepada bintang yang diperoleh IPT terbabit
selain mendapat pengiktirafan daripada masyarakat antarabangsa.
Ditanya mengapa penilaian selepas ini dibuat tiga tahun sekali bukan
lagi dua tahun, Mohamed Khaled berkata ia untuk memberi peluang kepada
IPT memperbaiki kekurangan masing-masin.