Thursday 14 March 2013

Walk For Heroes tanda patriotisme pelajar UUM

 
Pada 8 March 2013, MPP UUM bersama badan pelajar yang lain telah menjayakan "WALK FOR HEROES" yang bermatlamatkan memberi kesedaran kepada pelajar tentang semangat patriotisme dan penghormatan kepada Wirawan Negara yang terkorban dalam tragedi berdarah di Lahad Datu.

Antara yang turut memberi kerjasama adalah Sekretariat Pengerusi Kelab/ Persatuan, IM4U, Setiausaha Kerja MPP, Majlis Presiden DPP, Adhoc Anak Sabah, PALAPES UUM, SUKSIS, dan Sukarelawan UUM4Peace.

Program berlangsung selepas solat jumaat, di mana pada pukul 3 petang, kami mula bergerak ke Varsity Mall UUM, MISC dan ke DPP Muamalat seterusnya ke Padang Kawad Palapes.

Antara tentatif program adalah memberikan sebiji buah epal merah dan lirik lagu “Inilah Barisan kita”. Epal merah yang diberikan adalah simbolik kepada lambang keberanian anggota keselamatan dan Angkatan Tenteta Malaysia yang sedang mempertaruhkan nyawa demi kedaulatan negara. 

Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk ibu pertiwi

Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti

Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara

Kami mohon doa
Malaysia berjaya

"Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti"






























"INTEGRITI, INTELEK, TERAS KEPIMPINAN SISWA"


No comments: