Friday 1 March 2013

TINDAKAN DIAMBIL ISU BAUCER BUKU

Assalamualaikum, Salam Sejatera, dan Salam Idealis Siswa


Bermula pemberian Baucer Buku , pelajar mula menggunakannya untuk membeli keperluan akademik dan barang yang berkaitan. Namun terdapat pihak yang mengambil kesempatan ke atas baucer buku

Berikutan isu cas 5% yg dikenakan peniaga di Kanival 3K(Kebudayaan, Kesenian, dan keusahawanan) bagi penggunaan baucer buku. Satu tindakan yang telah di ambil MPPUUM Muhamad Zuraimy, Exco Pusat Pengajian Perniagaan (COB) terhadap perkara ini .Isu ini telah di bawa ke pihak atasan dimana 1 mesyuarat telah di adakan di HEP antara Bahagian Pengurusan Perniagaan dan Siswaniaga dan Pihak Peniaga yang terbabit. Satu kata putus telah dicapai, iaitu tidak menaikkan/mengenakan bayaran 5% tambahan ke atas pembelian atas voucher sempena karnival 3K.


Sekiranya pelajar masih dikenakan cas lebihan sila hubungi MPP UUM untuk melakukan aduan.


"INTEGRITI, INTELEK, TERAS KEPIMPINAN SISWA"

No comments: