Monday 29 April 2013

Isu WIFI UUM Terus Diberi Perhatian

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Idealis Siswa,


Pada 28 April 2012, dua orang wakil MPP UUM iaitu Exco Pusat Pengajian Pengkomputeran, Nor Izham dan Exco UUM CAS, Saudara Mohamad Zahier Suaidy telah mengadakan perjumpaan bersama Pusat Komputer UUM. Terdapat beberapa masalah berkaitan WIFI yg dibincangkan dan memaklumakan aduan yang dibuat oleh pelajar untuk diatasi.

Antara masalah yang dihadapi ialah ialah:


1. Servis WIFI DPP di Laluan A dan B sekarang diuruskan kembali oleh pihak Serindit, berikutan hal tersebut Pusat Komputer tidak boleh mengambil tindakan di dpp lalauan tersebut. Pusat komputer menguruskan WIFI laluan C dan D.

2. Masalah "internal error" yang berlaku kerana beberapa masalah yang tidak boleh didedahkan kerana sulit.

3. Kerap berlaku "blackout" yang menyebabkan equipment/hardware/device tersebut rosak.

4. Cuaca hujan dan kilat yang berlaku baru baru ini menyebabkan medan eletrik berlaku menyumbang kepada kerosakan hardware/ hardware malfunction.

5. Frekuensi WIFI sama dengan  hujan menyebabkan kadang2 xdapat nak diakses oleh student.

6. Kurangnya aduan rasmi yang menyertakan maklumat yang penuh seperti DPP, kawasan bilik di DPP, dari pelajar yang menyukarkan mengenalpasti masalah dan kesahihan masalah tersebut.

7. Device yang bermasalah terpaksa menanggung jumlah permintaan "request" yang tinggi pada waktu punca mengakibatkan ketidakefisyen/ berfungsi pada tahap yg memuaskan.

Tindakan yang diambil oleh pihak Pusat Komputer dan Serindit adalah

Serindit sedang menukar/ membaiki peralatan yang rosak, jadi memerlukan masa yang lama membaikpulih.

Pemantauan setiap masa oleh pusat komputer bagi mengenalpasti masalah sebenar yang berlaku.

Laluan C akan ditambah Access Point pada masa hadapan bagi memastikan coverage kepada semua pelajar dan pembahagian bandwidth yang sama rata.

Cadangan penubuhan Task Force wifi telah dibuat dan pihak komputer menerima baik cadangan tersebut. Melalui Task Force wifi ini, masalah dapat diajukan ke pusat komputer dari wakil DPP dan sekaligus memudahkan maklumat dikenalpasti dan tindakan dilakukan.

Satu perjumpaan antara MPP, Pusat Komputer, Serindit dan JKPS DPP akan dilaksanakan selepas PRU 13.











"INTEGRITI, INTELEK , TERAS KEPIMPINAN SISWA"




2 comments:

Anonymous said...

Baguslaa..
Harap nanti akan bertambah baik wifi UUM ni
Keep up the work MPP

Chareen said...

Mohon check fakta nombor 5 - frekuensi WiFi sama dengan frekuensi hujan?

Suwannit Chareen Chit
School of Computing
UUM