Wednesday 25 September 2013

MPP MEMBAWA ADUAN WIFI KE PUSAT KOMPUTER DAN PIHAK SERINDIT


Pada 25/09/13 bersamaan dengan hari Rabu, jam 4.00 pm, wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Barry Rabong, Exco Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan yang juga menyandang tugas sebagai Exco Informasi dan Penerbitan bersama Luat Bilong, Exco Pusat Pengajian Pelancongan Hospitaliti dan Pengurusan Alam Sekitar bagi membawa aduan pelajar mengenai masalah WIFI di dalam kampus yang teruk sejak semester baru ini bermula.

Berdasarkan respon dari Pusat komputer, WIFI Serindit adalah di bawah kendalian Pihak Serindit iaitu Dpp di laluan A dan dan B. Manakala pihak komputer pula bertanggungjawab mengendalikan Wifi  “Uumzone” di Bukit Kachi (SME Bank dan Bank Rakyat) serta laluan C (YAB dan Bank Muamalat).

Sebelum ini pihak MPP telah menerima beberapa aduan dan mengenal pasti DPP yang mempunyai masalah WIFI.

Justeru itu, pihak MPP telah berunding dan meminta penjelasan berhubung dengan perkara ini.
Pegawai pusat komputer yang menerima aduan, Puan Farah telah merekodkan aduan kami dan telah  mendapatkan contact nombor bagi tujuan penyemakan semula jika masalah yang sama berulang lagi. Pusat komputer akan cuba menyelesaikan masalah ini dengan kadar yang segera.

Dalam kesempatan itu juga, pihak MPP terus menghubungi pegawai yang bertanggungjawab di pihak Serindit. Antara penjelasan daripada pihak Serindit, mereka sedang dalam proses upgrade server di dalam kampus yang melibatkan dpp di laluan A dan B. Dan pihak serindit berjanji akan mengarahkan pekerja untuk mempercepatkan proses penambahbaikan (upgrade). Beliau amat kesal dengan perkara tersebut dan meminta maaf kepada pelajar yang mengalami kesulitan.
Sehubungan itu, kami di pihak MPP amatlah berterima kasih kepada pelajar yang telah menyalurkan maklumat kepada kami berkenaan masalah WIFI. Kami juga amat mengalu-alukan aduan daripada mahasiswa/i UUM bagi memudahkan kami membuat laporan dan tindakan susulan daripada pihak berwajib.
Sekian.

INTEGRASI, INTELEK TERAS KEPIMPINAN SISWA

 
.